25Jun

Pejabat OhMedia Bakal Dibuka Pada Penghujung Julai

Lain-lain, Web 2.0

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, kini ianya diketahui yang mana OhMedia, iaitu salah satu syarikat dan rangkaian blog terkemuka di internet akan membuka pejabat mereka di Desa Pandan secara rasminya bermula penghujung bulan Julai kelak. Buat masa ini, pihak Oh!Media, berada di Disneyland diatas urusan kerja mereka.

Premis OhMedia

Ianya diperkatakan yang mana pihak Oh!Media merupakan wakil daripada Malaysia yang dipilih oleh pihak Disneyland Hong Kong, dimana segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Disneyland, dan sebagai balasan, pihak Oh!Media dikehendaki mengeluarkan sebanyak 2 artikel pada blog mereka, serta dua kemaskini status pada halaman Oh!Media di Facebook. Bersama-sama dengan pihak Oh!Media, penulis blog terkemuka dari Singapura dan juga Taiwan turut sama menyertai lawatan ini, sekaligus memperlihatkan impak Oh!Media ke atas jenama-jenama terkemuka.

Ianya sesuatu perkara yang menarik apabila dilihat kini para penulis blog diberikan perhatian oleh pelbagai jenama besar, dan Oh!Media sebagai salah satu jenama terkemuka rangkaian blog di Malaysia terus maju, sehingga dikenali dipersada antarabangsa.

Mungkin selepas pejabat mereka mula beroperasi secara rasmi, kita akan dapat mendengar pelbagai berita kejayaan pihak Oh!Media lagi, dan mungkin ini merupakan salah satu permulaan untuk semua penulis blog tempatan sebelum ke arena antarabangsa.


WordCamp Malaysia Pertama Pada 22 Mei 2010
Antaramuka Pertama Diaspora Di Perlihatkan
Lebih Maklumat Berkaitan Facebook Music Diketahui
Ketahui Apa Yang Telah Dilakukan Oleh PM Najib Razak Sepanjang Beliau Menjadi Perdana Menteri
Aplikasi My First Iqra Memudahkan Pembelajaran Sebutan Tulisan Arab

25 Komen

  1. Hafiz pada 25 Jun 2011

    Terbaik, syabas buat mereka :D

  2. afif pada 25 Jun 2011

    syabas oh media…

  3. makan dalam pada 25 Jun 2011

    hmm..

  4. LawrenceVision pada 25 Jun 2011

    syabas oh! media

  5. funzool pada 25 Jun 2011

    hebatnye. congrats

  6. Abszeen Picco pada 25 Jun 2011

    wow hebat!!

  7. abrablog pada 25 Jun 2011

    hoho..hebat mereka. hebat..

  8. Taufik Mansor pada 25 Jun 2011

    LOL… :)

  9. steady eddie pada 25 Jun 2011

    terbaaaaeeeekkkkk

  10. Fahmishah pada 26 Jun 2011

    Tahniah! Majulah rangkaian blog Malaysia.

  11. myfadzli pada 26 Jun 2011

    Congratz Oh Media… jangan lupa ole2 tuk supporters :D

  12. syahirul pada 26 Jun 2011

    eh wajah aku di dalam blog amanz.. teruja jap :P hahaha..

    • hanz pada 19 Jul 2011

      sayang saya punye gambar lagi besar wakakkak

  13. Aunty Yin pada 26 Jun 2011

    Alhamdulillah.. tahniah buat oh!media… semoga kalian terus maju…. kowang mmg yg terbaekkkk….

  14. Ahmad Fikrizaman pada 26 Jun 2011

    How to know if someone in oh media boat? -The picture always taken from back

  15. Hisyam pada 26 Jun 2011

    OMG (Oh Menarik Gila) ! Aku nak join krew ohmedia la lepas ni. Hehehe

  16. Paiz pada 26 Jun 2011

    Huhhh da smakin meluar kejayaan oh media.. congratz..

  17. Wan pada 26 Jun 2011

    terbaek ohmedia

  18. Khai pada 26 Jun 2011

    Terima kasih Aman Firdaus dan semua kawan2 yang lain.. Salam maju jaya untuk semua :)

  19. Vendetta Lover pada 26 Jun 2011

    Congrats Oh! Media :D :D

  20. Faris pada 29 Jun 2011

    Wow! Awesome siot! Semoga Oh! Media terus maju…

  21. reezluv pada 29 Jun 2011

    nampaknya lepas ni boleh ada stesen tv sendiri ye..dan hire bloggers la plak..:D

    juga mungkin satu hari membeli saham Yahoo News :D

  22. SaifuL aDLy pada 29 Jun 2011

    Budak Khai yang dok N9 tu , salah sorang ahli OH! MEDIA gak ke? Hahahaha….

    • Oh! Media pada 04 Jul 2011

      Beliau bukan ahli je lagi, malah pencipta kepada jenama tersebut. Untunglah jadi orang kampung dia ya? Haha

  23. eiman pada 30 Jun 2011

    amanz.my bila nak bukak opis?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader