09Jun

Pengguna Facebook Malaysia Melangkaui 11 Juta Orang

Web 2.0

Akhir-akhir ini nampaknya pendaftaran akaun-akaun baru para pengguna tempatan meningkat secara mendadak, sekaligus kini para pengguna Facebook tempatan melangkaui lebih daripada 11 juta, serta pengguna keseluruhan Facebook menghampiri angka 700 juta seluruh dunia.

Secara rambangnya, ianya dilihat yang mana pendaftaran pengguna Facebook tempatan meningkat secara drastik pada penghujung tahun lepas, dan kini pengguna Facebook Malaysia mencapai angka 11 039 360. Pengguna Facebook Malaysia yang paling ramai berada didalam lingkungan antara 18 hingga 24 tahun iaitu sebanyak lebih kurang 34%, dan majoritinya berjantina lelaki.

Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi, kita akan mendengar pengumuman rasmi daripada Facebook berkaitan pencapaian lebih 700 juta pengguna berdaftar di laman mereka, dan lebih banyak syarikat mungkin akan mula memberikan perhatian lebih serius kepada penggunaan media sosial tempatan. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


iWill.com.my - Laman Berkonsepkan Jual-Beli Perkhidmatan
Twitter Untuk iOS 3.3 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
FourSquare Pages Bakal Dibuka Kepada Semua Minggu Ini
Fuyoo - Laman Jual-Beli Dengan Konsep Baru Dilancarkan
Facebook Kini Mempunyai Lebih 901 Juta Pengguna Aktif

5 Komen

  1. ekspresiruang pada 09 Jun 2011

    kuasa laman sosial makin ketara skg ni.

    p/s: 700 tu lupa letak juta :)

  2. mr.F pada 09 Jun 2011

    11juta tu termasuk 1 orang ada 2-3 akaun la kan

    1 akaun for personal
    1 akaun for main games
    1 akaun for stalk

    LOL! ;p

  3. syafiq pada 09 Jun 2011

    kita kata lah 1 orang ada 1.25 akaun. 11 039 360/1.25=8 831 488 orang.

  4. MuJE pada 09 Jun 2011

    akaun fake untuk trolling pon dah berapa dah


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader