28Jun

Pengguna Facebook Malaysia Meningkat 17.91% Sejak Enam Bulan Lepas

Web 2.0

Kini, laman SocialBakers telah pun mengeluarkan laporan mereka yang terkini mengenai peningkatan penggunaan Facebook di rantau Asia, dan daripada data yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana sejak bulan Januari hingga Jun 2011, para pengguna Facebook di Malaysia telah meningkat sebanyak hampir 17.91%.

Di Malaysia, pada permulaan tahun ini, hanya lebih kurang 9.5 juta pengguna menggunakannya, dan kini pada bulan Jun, seramai 11.2 juta pengguna menggunakan perkhidmatan laman sosial tersebut. Sepanjang tempoh 6 bulan ini, hampir 1.7 juta pendaftaran baru telah berlaku, memperlihatkan peningkatakn sebanyak 17.91%.

Walaubagaimanapun, apabila dilihat dari segi peningkatan, Jepun menduduki tempat pertama, dengan lebih daripada 100% peningkatan, namun apabila dilihat dari segi peningkatan angka pengguna, India menduduki tempat pertama dengan pendaftaran baru melangkaui 11 juta pengguna sepanjang tempoh enam bulan ini.


Blog Peribadi Ahmad Shabery
Twitter Untuk iOS 3.3 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
MentariWorks Melepaskan Kod Sumber FeedMalaya Kepada Umum
Perodua Tweckbot - Khidmat Pemeriksaan Kenderaan Berasaskan Twitter
MakanDeals Bakal Menawarkan Tawaran Diskaun Untuk Makanan

8 Komen

  1. ekspresiruang pada 28 Jun 2011

    facebook masih blom menampakkan tanda2 kesuraman seperti yg digembar-gemburkan :)

    • Junaidiey pada 28 Jun 2011

      Setuju dengan bro ekspresiruang…
      facebook masih jadi pilihan ramai!

  2. zahierzulkafli pada 28 Jun 2011

    lepas tsunami.

  3. Azrael pada 28 Jun 2011

    Facebook akan terus meriah .
    Selagi tidak ada persaingan .
    Lgpun take time kalau ada social networking lain nk maju n beat facebook pun . ^_^

  4. Rey18 pada 28 Jun 2011

    First yg aku guna friendster. Then, myspace lpas dua2 tu da naik muak aku tkar kpd fb smpai skrg sbab simple je x mcm dua2 tu..kusut dan bserabut tngok.. x lupa gak, tagged.. Huhu.. =D

  5. Wan Perlis pada 28 Jun 2011

    orang kita dah addict

  6. fairuz sulaiman pada 29 Jun 2011

    Insyallah ada persaingan. Buat masa ini sedang digunakan untuk 4 IPTS iatu Help University , Nottingham University of Malaysia, dan KLiUC.. ini tournya sudah fasa beta http://reachout.me/tour

  7. chill pada 29 Jun 2011

    ini tak bole dibanggakan… daripada ber-social networking, baik buat bende lain yg lebeh berfaedah kat internet such as, wikipedia-ing…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader