Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Rangkaian dan media sosial semestinya telah mengubah cara kita melayari internet dan menggunakannya. Menariknya adalah melalui data yang dikongsikan oleh Global Web Index, ianya memperlihatkan yang mana pengguna dari Malaysia adalah antara pengguna yang aktif menggunakannya, menduduki tempat ketiga, hanya dibelakang Filipina dan Indonesia.

Secara ringkasnya, ianya menunjukkan yang mana terdapat lebih daripada 11.5 juta pengguna rangkaian sosial yang aktif di Malaysia, dan menggunakan data bancian daripada bulan Februari 2011 yang lepas, ianya menunjukkan yang mana lebih berminat menggunakan rangkaian sosial untuk berkongsi kandungan antara satu sama lain. Selain daripada berkongsi kandungan, pengguna Malaysia juga dilihat gemar untuk menghantar dan menerima mesej antara satu sama lain melalui rangkaian sosial.

Rangkaian sosial sendiri memainkan antara perkara penting dalam syarikat korporat tempatan, dimana kini ianya dilihat satu demi satu syarikat mula memberikan perhatian serius padanya, malah menubuhkan perkhidmatan pelanggan mereka melalui Twitter dan juga Facebook.
Dengan pengguna internet tempatan yang bertambah dari hari ke hari, mungkin kita akan dapat melihat pertambahan pengguna rangkaian sosial tempatan bertambah dengan drastik dari semasa ke semasa, serta membawakan suatu medium baru untuk berkenalan, bersosial, dan juga berkomunikasi.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
adoi…bila nak jadi 1st ni? penat aku on9 siang malam nak jadi top ranking…HAHA
Pengguna bertambah… tapi line internet gak mahal…
nk wat cambe kan… kita hanya mampu merungut
sekuriti jugak kene kasi up..
tak mau la.. fanpage kena hack lagi… -.-”
Patutlah tak jumpa awek Jepun dalam FB nih.
makin lama makin maju dunia internet kat malaysia ni!
Setuju.
maju dengan facebook.. hekhekhek
Tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia…
kita kena bijak menggunakan teknologi ini supaya masa yang kita gunakan untuk online bermanafaat.
hmmmm…..orang malaysia memang suka facebook….
potensi untuk bisnes online juga makin besar!
“yang mana lebih berminat menggunakan rangkaian sosial untuk berkongsi kandungan antara satu sama lain”
Pasni prestasi berkurang lah sbb kerajaan halang filesharing websites hehe
Nampak sangat banyak orang mengganggur kat Malaysia ni… keja online ja…