21Jun

Peranti Pertama Windows Phone Dari Nokia Akan Dilancarkan Tahun Ini

Gajet, Microsoft

Selain daripada memperkenalkan peranti MeeGo yang dinantikan ramai, iaitu Nokia N9, Nokia juga pada masa yang sama turut mengatakan yang mana mereka bakal melancarkan peranti Nokia yang menggunakan platform Windows Phone yang pertama pada tahun ini.

Pada acara Nokia Connection 2011, CEO Nokia mengatakan yang mana mereka bakal melancarkan peranti pertama mereka berasaskan Windows Phone pada penghujung tahun ini, dan seterusnya akan mula menjualnya diseluruh dunia pada awal 2012 kelak. Nokia juga dijangka akan memperkenalkan lebih banyak peranti Windows Phone pada tahun hadapan.

Sebelum ini, Nokia dan Microsoft telah bersetuju untuk bekerjasama, dimana peranti Nokia akan menggunakan Windows Phone, pada masa yang sama turut memperkenalkan beberapa peranti lain menggunakan Symbian dan juga MeeGo. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Pakej Celcom Untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 Diperlihatkan
Microsoft Menyediakan Demo Windows Phone Berasaskan Web Untuk Android Dan iOS
Edisi Sangat Terhad - Nokia Lumia 800 Bertemakan Batman - The Dark Knight Rises
Galaxy Tab 7.7 Di Malaysia Dalam Masa Kurang 2 Minggu Lagi
Nokia Ingin Mematikan Pembangunan Peranti Symbian Baru?

3 Komen

  1. Amal pada 21 Jun 2011

    Menarik.. kerana Nokia tidak mengikuti jejak syarikat handphone yg lain iaitu menggunakan OS Android.

    • Najib pada 21 Jun 2011

      Pengeluar seperti HTC, LG, Samsung juga mengeluarkan peranti menggunakan Windows Phone 7, di samping peranti berasaskan Android.

      • epulpecoi pada 22 Jun 2011

        tapi kebanyakkan nye
        menggunakan andriod


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader