22Jun

Peranti Windows Phone Dari Nokia Pada 26 Oktober?

Gajet, Microsoft

Dengan pengesahan Nokia untuk melancarkan sekurang-kurangnya satu telefon pintar Windows Phone pada tahun ini, kini beberapa spekulasi awal memperkatakan yang mana berkemungkinan Nokia bakal melancarkannya pada acara tahunan mereka, Nokia World Conference yang bakal diadakah di London pada 26 Oktober akan datang ini.

Buat masa ini, keluarga Windows Phone daripada Nokia dilabelkan menggunakan nama “W”, dan ianya diperkatakan yang mana telefon pintar pertama daripada Nokia itu akan membawakan kamera 8 megapixel bersama-sama dengan skrin WVGA dan juga menyerupai seperti X7 sedikit. Selain itu, turut diperkatakan yang mana sebuah telefon pintar Windows Phone menyamai N8 turut akan diperkenalkan bersama-sama cip dwi-teras dan kamera 12 megapixel.

Nokia sebelum ini telah mengatakan yang mana mereka merancang untuk melancarkan telefon pintar Windows Phone di negara Eropah terlebih dahulu, dan semestinya acara yang diadakan di London itu sekali lagi memenuhi kriteria tersebut. Selain daripada peranti Windows Phone, Nokia juga turut sama mengatakan yang mana mereka bakal melancarkan sehingga 10 peranti Symbian yang baru dalam tempoh masa 12 bulan akan datang. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Cuba Windows Vista SP2 Pre-Beta Sekarang
Office 2010 Seawal Bulan Mac 2010?
Windows Phone 7 Boot Dalam 30 Saat
DiGi Bakal Menawarkan Samsung Galaxy Nexus
Tiada Perancangan Untuk Transformer Prime Versi 3G

8 Komen

  1. fairuz sulaiman pada 22 Jun 2011

    Wahhh terbaik daripada Nokia. Akan tetapi saya lebih meminati Nokia jika ia menyokong Android.

    • Izzat Aziz pada 22 Jun 2011

      nokia tak suka, katanya android terlalu banyak syarikat guna.

  2. Yenkerhack pada 22 Jun 2011

    WP…. Coolest OS ever…..

  3. Izzat Aziz pada 22 Jun 2011

    nampak sangat kemas.. baguslah nokia pun dah tak terlalu yakin dengan symbian diorang.

  4. TeratoMan pada 22 Jun 2011

    Saya tunggu!

  5. mr. ronok pada 22 Jun 2011

    symbian teruk la….semua samer jer…tak ada perubahan…bosan!

  6. royAkatsuki pada 22 Jun 2011

    android beat other OS badly.

  7. SJ pada 22 Jun 2011

    best


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader