28Jun

PlayBook Bakal Dilancar 16 Julai – Harga Bermula RM990 Dengan Maxis

Gajet, Telekomunikasi

Berbeza dengan sebelum-sebelum ini, kini nampaknya Maxis telah pun memperlihatkan terlebih dahulu harga peranti BlackBerry PlayBook yang mana bakal dijual dan dilancarkan pada 16 Julai akan datang ini. Sebanyak tiga variasi tablet PlayBook akan dijual, dengan harga bermula serendah RM990 bersama-sama kontrak daripada Maxis.

Secara ringkasnya, harga BlackBerry PlayBook di Malaysia, tanpa sebarang kontrak bermula daripada RM1599 untuk 16GB, RM1899 untuk 32GB dan RM2199 untuk 64GB. Walaubagaimanapun, Maxis menawarkan potong harga dengan pendaftaran menggunakan perkhidmatan mereka, dengan kontrak selama 12 bulan atau 24 bulan.

Walaubagaimanapun, untuk bukan pelanggan sedia ada Maxis BIS, Maxis meminta mereka untuk membeli telefon pintar BlackBerry bersama-sama dengan BlackBerry PlayBook. Dengan penambahan tersebut, Maxis memberikan pengurangan sebanyak RM100 daripada harga peranti PlayBook tersebut.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui samada BlackBerry PlayBook ini eksklusif untuk Maxis sahaja atau turut sama akan ditawarkan oleh Celcom dan lain-lain syarikat telekomunikasi tempatan. Sama-sama kita nantikan 16 Julai nanti, untuk pelancaran rasminya.


@amanfirdaus BlackBerry PlayBook will be officially launched by Maxis on 16 July 2011 Price: RM1,599 (16GB), RM1,899 (32GB) & RM2,199 (64GB)less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


YES -Rangkaian Internet 4G Terpantas Dengan Suara
Time dotCom Menawarkan Kelajuan Sehingga 50Mbps
Nokia 703 - Peranti Pertama Windows Phone Dari Nokia?
Tiada Amaran Penggunaan Data iValue Akan Dikeluarkan Maxis Sehingga 1 Oktober
Nokia Memperlihatkan Peranti Konsep Boleh Lengkung - Dikenali Kinetic

8 Komen

  1. faeez faster pada 28 Jun 2011

    fuh~ harga yg menarik! playbook ni boleh support app dari android kan?

  2. naim pada 28 Jun 2011

    bro aman.. aku nk tnya la kan.. blackberry playbook ada simcard slot ka? tlg bgtau aku.. aku mcm berminat jer dgn device terbaru dari blackberry ni..

    • adblitzs pada 28 Jun 2011

      salam..setahu aku playbook ni xda simcard slot,tp dia boleh wat blackberry bridge dgn blacberry phone,erti kata lain kalau nak gn internet selain wifi,kena lah gn blackberry bridge..info lebih lanjut : http://us.blackberry.com/playbook-tablet/#!tabletFeatures scroll bw skali.di situ maklumat lanjut tntg blackberry brigde…klo aku silap,tolong betulkan ya..hehehehe

  3. Amal pada 28 Jun 2011

    laa ingatkan betul2 RM990

    • fadfahmi pada 28 Jun 2011

      maxis ni pandai cari duit. ko tgk yg 990 ringgit tuh tuk 24 tahun kontrak dgn 3gb kuota. ko kire2 balik nnti maxis gak yg untung. sekian.

  4. Jibam pada 28 Jun 2011

    Tunggu Celcom…

  5. matjoe pada 28 Jun 2011

    kalau harga rendah, mesti ada catch which is kontrak 24, nothing new or suprising

  6. kikoz pada 28 Jun 2011

    x perlu terburu2 membeli tablet…pasni bnyk lg jenis tablet yg akn kuar


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader