10Jun

PTS Ke Arah Pengeluaran Novel Dan Buku Digital?

Lain-lain

Nampaknya, mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat versi digital novel-novel dan buku-buku keluaran PTS. Ianya tidak lagi diketahui bila, namun salah seorang penulisnya, Ain Maisarah telah pun memperlihatkan dalam sebuah video ringkas, novel tulisan beliau yang mesra iPhone, dan yang mesra iPad dalam pembangunan.

Walaubagaimanapun, mungkin tidak kesemua buku-buku keluaran PTS yang akan dibangunkan menjadi aplikasi mesra iPhone ataupun iPad, dan mungkin mengikut permintaan para pengguna. Namun begitu, ianya sesuatu yang menarik untuk melihat salah satu pengeluar buku terbesar tempatan membuka peluang ke arah digital. Mungkin kita akan dapat mendengar perkembangan daripada mereka tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


Kualiti Jalur Lebar Di Malaysia Adalah Di Bawah Par
Aplikasi FlightLover Untuk Malaysia Dilancarkan
Lebih 5 Juta Diperuntukkan MDeC Melalui ICON2
Portal Web Berkaitan Kebebasan Suara Bakal Dibangunkan
(Infografik) 12 Fakta Mengenai Komputer Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui

9 Komen

  1. SJ pada 10 Jun 2011

    buat bku teks skolah plak snang skit aku nk pgi skolah x berat beg

  2. van der Rui pada 10 Jun 2011

    Buku digital ni mungkin boleh dijadikan bonus kepada mereka yang membeli buku versi fizikal.

    Tapi macam mana nak atasi fail buku digital ni daripada disalin sesuka hati, tanpa menyusahkan pemilik/pembeli yang sah? DRM?

    • Beburung pada 11 Jun 2011

      Berdasarkan video kat atas, dia buat dalam bentuk ‘app’, jadi dia guna FairPlay DRM.

      Dari developer standpoint, app dia pun boleh port kat mana2 appstore lain dengan mudah, considering dia just lebih kurang ‘web-app’, sangat portable di mana2 platform.

      Tapi dari consumer standpoint, lebih baik dia adopt kaedah protected .PDF atau .EPUB dengan Adobe Digital Editions. Dah takyah buat app berbeza untuk platform berbeza, cuma perlu unlock file yg sama di device yg berbeza. Dia punya DRM agak portable, jd ia adalah kaedah terbaik nombor 2 berbanding iBookStore. Lagipun dia takde la feel ke-app-an sangat, rasa kalau novel ni lebih familiar kalau flow dia dalam bentuk ebook biasa.

  3. Juan pada 10 Jun 2011

    aku suka la buku mcm ni, senang nak baca dan mampu galakkan minat membaca dikalangan kita

  4. chrome123 pada 10 Jun 2011

    dekat Terengganu budak sekolah semua dah x pakai buku teks.Kerajaan Terengganu bagi ebook(netbook) kepada setiap pelajar so x perlu lah bawak buku teks.

  5. Azree Hanifiah pada 14 Jun 2011

    Khabar lain yang kuat mengatakan mereka akan menggunakan Google Ebookstore untuk jualan ebook mereka.

  6. Zahari pada 14 Jun 2011

    banyak beli buku PTS ni. baguslah kalau boleh load dalam iPad lepas ni. tak payah susah nak pilih2 buku mana nak bawak bila pegi mana2. load je semua.

  7. Zamri Mohamad pada 22 Jun 2011

    Insya Allah buku kami berjudul Kembara Lima Putera akan diebookkan oleh PTS


Trackbacks/Pingbacks

  1. Blogger Newbie Blog Hanya Kerana Duit.Betul Ke? | 2Day Blogger-Perkongsian Ilmu & Berita Terkini Di Malaysia

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader