READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

RIM Turut Meminta Jiwang.org Dihalang Aksesnya

Diterbitkan pada June 15, 2011 oleh

Selain daripada beberapa laman perkongsian fail yang telah dihalang aksesnya oleh beberapa penyedia internet, kini ianya dilihat yang mana RIM (Recording Industry Association of Malaysia) turut sama meminta kerajaan untuk menghalang lagi satu laman forum dan perkongsian popular, iaitu Jiwang.org.

Salah satu sebab RIM meminta laman Jiwang.org dihalang adalah kerana ianya diperkatakan menyediakan sokongan muat-turun untuk fail-fail berhak-cipta melalui laman mereka, terutamanya yang berkaitan Malaysia.

Sebelum ini, ianya diketahui mengenai permintaan SKMM untuk menghalang lebih 10 halaman perkongsian, dan sehingga kini ianya telah pun dikuat-kuasakan oleh P1, TM dan juga Maxis.

Terdapat 68 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
      • Laman KRU nak kena block..? sapa nak download lagu2 dorang…? dengar bole pecah gegendang telingga woo…lagi2 yg suruh block sana sini tu…si norman…kalau nak buat tutup la perompak2 kedai dvd haram yg deoan mata or kat mana2 ja bole dapat…

  1. bagus jugak kalo block je sumer web.. buat mukabuke sendiri.. buat tiubkamu sendiri.. buat surfile sendiri..
    isk x3…
    my fav web dak tak leh access.. warezbb..
    aaaaa…..

  2. not a good thing to do. it’s just a forum. at least, warning admin forum jiwang.org untuk delete categories untuk download movies/drama etc. Gila apa nak block access, main users di jiwang.org adalah org Malaysia kan? Kalau block, confirm lingkup terus forum tu

  3. btw jiwang.org masih popular ke? thread copy paste web warez sedia ade jek..

  4. wahaha…macam maner nak download lagu ni…dengki betul la kerajaan ni…daripada dorang block laman web tu, baik pergi blog laman-laman web politik yang rosak kat luar sana tu….lagi baik daripada cerita benda bukan-bukan….apedaa….

  5. bodoh!
    Nila kalau tak belajar IT..Nak sekat2 je..
    Web2 porno bukan nak sekat,nak simpan wat stok la kononya.

  6. gov tak patut sekat jiwang.org. depa ni takkan tak tahu rakyat malaysia ni suka benda2 pirate. rakyat malaysia ni suka berjimat cermat. tak suka beli original. sebab tu depa suka download pirate.

  7. kan BERDOSA mencuri?? tak gitu.. kalu nak, kena beli.. Lainlah benda tu OpenSource. Hukum Dosa Pahala ni universal. Sampai tahap IT ianya merangkumi :)

  8. aku rasa pelik la..kenapa najib nak buat camni..dia mesti tau yg ramai org akan kecewa pastu dah tentu2 effect masa PRU nanti..tapi apsal dia luluskan jugak ek?ni mesti ada benda lain lagi yg kita tak tahu..dan aku rasa norman kru adalah antara dalang besar disebalik hal ni semua.

    sejak aku guna warez-bb dah bertahun2 lamanya..tak pernah aku download product melayu..hohoho..macam mana lah nak cari movie2 or application serta game2 yg rare dan sememangnya dah takde jual kat pasaran?lahanat betullah camni?

    • xda pasal najib nak kalah pasal ni. tgk la barang2 nek harga. ada bantahan? xda. kita orang malaysia suka berserah je. najib buat cmna pun sama je. undi jugak. tu la goverment berani je buat pe2. tahu korang mara je lebih. tapi tetap undi. hahaha.

      • ye la kan..org malaysia mmg macam ni la..marah2 jugak..tapi taknak buat apa2..sbb tu peniaga2 besar & contoh ari tu astro berani sewenang-wenangnya naikharga lagi cekik rakyat..sbb depa tau org malaysia marah pon tapi sekjap je..nanti pakai jugak perkhidmatan tu..tak satu hati lah kita & rasanya kita perlukan leader yg boleh bawak kita gi protes atau organized something kalau jadi benda2 camni..bukanlah nak buat kacau tapi menuntut hak dan keadilan.takkan nak berserah je semua benda kan?at least ada table talk ke..haha ajuh nye aku berfantasi

    • nanti bile nak pilihanraya najib umum la 10 laman web yg disekat ditarik balik. nak pancing undi. nak pancing undi budak br daftar mengundi boleh la. pas pilihanraya sekat balik.

  9. macam2 hal la.. takde keje dah ke kerajaan nih.. pi la kempen politik kuat2.. nak pilihanraya kan nanti kalah menangis tak berlagu.. jangan duk kacau benda2 macam nih.

  10. Sekat Jiwang tak melampau sangat kalau nak dibandingkan dengan
    menyekat fileserve com dan megaupload.com

    @darew
    boikot KRU!!

    • itulah yg peliknya kawan..takkanlah diorang tak tau implikasi nya..mesti ramai org marah kan?dan sokongan terhadap diorang mesti makin kurang..itu dah tentu diorang dah tau..tapi kenapa diorang buat jugak ..sedangkan diorang mmg giler cari sokongan sana sini kan?pastu takkan diorang nak kalah pilihanraya nanti..dah la unifi baru pacak sana sini..aku tak paham lah..apa permainan disebalik ni..tolongg(kowmengg ahhh)kepada org2 yg bijak pandai boleh tak tolong explain..pleaseee :)

  11. Jika Najib berjaya memenagi PRU 13. Najib yang sebenar akan terserlah. Aku malas nak komen panjang nanti kena delete oleh Aman

  12. ala kerajaan jugak yang suruh berjimat cermat siap buat kempen lagi.. ni la antara langkah2 kitorang berjimat cermat hehe

  13. itu sekat ini sekat, apa lagi yg tinggal, dah lh itu naik ini naik, inikah yg dikatakan utamakan rakyat untuk membayar dan pencapaian kerajaan diutamakan iaitu menjadikan karajaan bertambah top dgn isu rasuah dll.

  14. bro emptyspace,

    jiwang.org taklah popular sangat, cuma sudah jadi jenama underground sahaja :)

    and yes, banyak thread copy paste disana terutamanya di beberapa subdivision jiwang.org

    ——–

    spirit asal penubuhan adalah untuk menyediakan bahan kepada pengguna yang kurang mampu.
    Jika rasa mampu untuk ‘beli yang ori’ , maka teruskan.tak perlu buka browser dan susah2 nak taip link ke jiwang.org/jwg torrent/ws etc..

    kita akan tetap teruskannya (walau disini aku tak menulis bagi pihak jiwang,org) walau tanpa site tersebut..

  15. La…Digi antara penyedia internet yang masih belum sekat lagi, mungkin pihak SKMM sebelum beri arahan lagi kot?…jom berpakat ramai2 guna DiGi Broadband…sebelum guna sila check coverage DiGi Broadband dulu…nak unlimited, murah dan jimat gunakan DiGi Broadband Prepaid!!!

  16. Fuh! kalo P1, TM, Maxis dah x boleh akses website file sharing tu…pakai DiGi xde hal la jawabnya…Jom pakat guna DiGi Broadband beramai2…..

  17. Boleh kalau dia nak sekat ke apa, tapi ko kena ingat satu la RIM, harga cd/dvd dlm pasaran ko kurangkanlah skit harganya .. ko jgn pikir nak untung lebih jer .. kitaorang suma bukan jenis org mewah mampu nak beli suma benda ORIGINAL .. cubalah pakai otak skit .. cuba ko ditempat kami apa perasaan ko agaknya? protes? benci? marah? insyallah suma pakej tuh ada .. so beringatlah skit beb .. daripada ko dok suruh sekat suma benda dalam web nie .. apa kata ko block website lucah yg semakin bertambah dari hari ke sehari .. ada gak faedahnya disamping ko berjasa kepada negara .. ataupun ko saja tanak block sebab ko nak layan sendiri? kahakhakhakahkah apa pon x bley .. apa pon x bley .. lepas satu satu hal timbul .. aku amat kecewa sekali dgn GOV ~ ISP ~ SKMM ~ RIM .. otak ada pikir la jgn cari kebencian orang :)

Komen

Nama
Web