08Jun

Samsung Ingin Mengambil-Alih Nokia?

Gajet, Lain-lain

Setelah ianya diperkatakan sebelum ini yang mana Microsoft dalam perbincangan untuk mengambil-alih sebahagian daripada Nokia, kini ura-ura baru mula kedengaran memperkatakan yang mana Samsung kini dalam perancangan untuk membeli Nokia. Namun begitu, kedua-dua syarikat, Samsung dan Nokia masih belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan dengannya.

Buat masa ini, informasi berkaitan perkara ini masih lagi tidak diketahui, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat ura-ura. Namun begitu, sekiranya ianya benar dan terjadi, maka Samsung akan memegang dua segmen utama dalam dunia telefon mudah-alih, iaitu sebagai pengeluar terkemuka telefon pintar berasaskan Android dan juga Windows Phone.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui, dan Nokia buat masa ini masih lagi dalam proses mengeluarkan telefon pintar Windows Phone mereka yang pertama pada suku tahun keempat tahun ini. Sama-sama kita nantikannya.


Kemaskini Kepada WordPress 2.7.1 Secara Automatik
Microsoft Memperlihatkan Tablet Dengan Windows 7
Motorola Atrix Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,999
Asus Memperkenalkan Ultrabook Mereka - Dikenali Sebagai Zenbook
(Video) Ulasan Dan Pandang Pertama HTC Sensation XE Dengan Beats

14 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 08 Jun 2011

    Topik hangat ni… Keep update this…

  2. Yaaser pada 08 Jun 2011

    Agak2 kalau jadi beli la, boleh ke lawan apple?

    • 1Malaysia pada 08 Jun 2011

      sekarang samsung da nak pijak apple dah.. xyah beli pun xpa. hehe

      • zahari pada 09 Jun 2011

        yeke boy. until samsung boleh buktikan diorang boleh develop semua skali inhouse, baru bleh percaya la kot. OS Bada diorang sendiri pun diorang tanak pakai sangat, guna orang lain punya OS untuk diorang punya flagship phone. nak pijak Apple? berangan la. Compare app iPad dengan yang Samsung develop untuk Galaxy Tab, UI macam barang china punya cheap knockoff je. hehe

    • zul pada 09 Jun 2011

      mmg dah boleh lawan apple pn..
      xpayah nk beli Nokia pn xpe..
      hehe

  3. Ali ridha pada 08 Jun 2011

    nokia tu kan syarikat di finland.
    samsung tu nak beli pula.

  4. budakudm pada 08 Jun 2011

    apple bungkus

    • hehe pada 09 Jun 2011

      apple jual padlock je

  5. MuJE pada 09 Jun 2011

    kalau amek pon biar stay nama Nokia la… sentimental value kot brand Nokia ni. kenangan bersama 3210

    • abumaffia pada 09 Jun 2011

      a-ah… bnyk nostalgik ngan N3310, 3315 up-grade, 3325i made in china (bleh bom n.set mmbr… hahaha)

  6. wan pada 09 Jun 2011

    sumber?

    • Aman pada 09 Jun 2011

      rujuk pautan pada artikel.

  7. Beburung pada 09 Jun 2011

    Rasa mcm susah sket nak caye, sebab dalam top management Nokia byk orang Maikelsoft yg masuk. Lagipun Maikelsoft dah banyak invest dlm Nokia (billion billion tau) dalam Nokia jd takkan la dia saje2 nak bagi lepas Nokia kepada Samsung yg juga memasarkan OS pesaing dia (Android).

    Even Nokia dah tendang divisyen Symbian dan 3000 staf yg handle Symbian kepada kompeni outsourcer Accenture, sebagai langkah pre-emptive untuk elak conflict-of-interest dengan Maikelsoft. Tu belum kira diorang cancel pembangunan Meego untuk mobile devices. Jadi mustahil la Maikelsoft nak bagi lepas macam tu je Nokia kat kompeni lain.

    Jadi untuk pembidaan ambil-alihan tu berlaku mungkin berkebarangkalian, tapi kerja sia-sia oleh Samsung.

    *Maikelsoft = Microsoft*


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader