22Jun

Semua Akaun Laman WordPress.org Ditetapkan Semula Kata Laluan

Sekuriti, Web 2.0

Pembangun WordPress hari ini telah pun mengubah kata laluan untuk semua akaun pada laman WordPress.org, memandangkan terdapat beberapa aktiviti yang disyaki dan perubahan kod pada beberapa plugin-plugin popular termasuk WPtouch dan W3 Total Cache yang mana menyertakan beberapa kod-kod berbahaya.

Sebagai langkah keselamatan untuk mengatasi sebarang perkara yang tidak diingini, pihak WordPress sendiri telah menetapkan semula kata laluan untuk semua akaun dibawah WordPress.org, dan sekiranya anda salah seorang pengguna forum, Trac dan sebagainya pada laman WordPress.org, anda akan melihat mesej meminta anda mendapatkan kata laluan baru untuk mengakses laman tersebut.

Buat masa ini, pihak WordPress masih lagi dalam proses menyiasat mengenai apakah yang terjadi, dan mungkin kita akan dapat ketahui perkembangan terkini mereka tidak lama lagi. Pada masa yang sama, sekiranya anda menggunakan plugin seperti AddThis, WPtouch ataupun W3 Total Cache, ianya diminta untuk anda mengemaskini semula plugin anda untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.


Reset required for WordPress.org site passwords (forums, codex, etc): http://wp.me/pZhYe-uMless than a minute ago via CoTweet Favorite Retweet Reply


Devilzc0de Inginkan Malaysia Dan Indonesia Berdamai
MentariWorks Melepaskan Kod Sumber FeedMalaya Kepada Umum
Oh! Media Bakal Berpindah Ke Premis Baru
Secara Purata, Saiz Halaman Web Meningkat 25% Dalam Masa Setahun
Antaramuka Timeline Diperkenalkan Untuk Facebook Pages

9 Komen

  1. haiqal pada 22 Jun 2011

    Terima kasih bagi info.:)

  2. Fird pada 22 Jun 2011

    Wah. Nasib ada info ni. Cuak sat!

  3. Affan pada 22 Jun 2011

    “mana menyertakan beberapa kod-kod berbahaya” dengan kata lain, terdapat backdoor yang disyaki.

  4. Twit N View pada 22 Jun 2011

    nmpknya plugin popular dh mula salahguna populariti…

  5. syahrilhafiz pada 22 Jun 2011

    uit? aku pakai w3 tuh..

  6. eiman pada 22 Jun 2011

    patut la semalam dapat twit dari Addthis bgtau suruh update..

  7. MuJE pada 22 Jun 2011

    ok nasib baik tiga-tiga plugin tu aku tak pakai

  8. wazy pada 22 Jun 2011

    nasib baik tak guna semua plugin tu

  9. Eichikatsu pada 23 Jun 2011

    Baru je lepas update.. ptt la buka WP td ada msg soh update..hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader