16Jun

SKMM : 91 Laman Web Diserang Secara Keseluruhan Malam Semalam

Sekuriti

Lanjutan daripada pengodaman dan serangan siber pada malam semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah pun mengumumkan yang mana sebanyak 51 web .gov.my telah diserang. Selain daripada web .gov.my, ianya juga diketahui yang mana sebanyak 40 web tempatan yang lain telah diserang, menjadikan angka keseluruhan sebanyak 91 web.

Menurut SKMM lagi, sebanyak 76 web telah pun beroperasi seperti asal kembali, dan selebihnya dalam proses pengembalian. Walaubagaimanapun, ianya tidak begitu menjejaskan sebarang perkhidmatan secara keseluruhannya, dan dapat beroperasi secara lancar sepanjang hari ini.

Salah satu laman komuniti tempatan yang turut diserang adalah GengBlogger. Untuk mengatasi sebarang perkara yang tidak diingini, ianya diminta anda membuat salinan pangkalan data dan fail-fail penting sebagai langkah keselamatan, selain memastikan laman yang anda layari adalah sah, dan bukannya laman phishing dan sebagainya.


Perisian Sekuriti Norton 2012 Beta Sedia Diuji
Laman Blog Tun Mahathir Dijangkiti Malware
TM Dan Maxis Mula Menghalang Akses Ke 10 Web Disenaraikan SKMM
Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Kedah Digodam
Bank Islam Menyertakan Sokongan Sekuriti Baru Untuk Mengatasi Masalah Phishing

31 Komen

  1. crynobone pada 16 Jun 2011

    “Walaubagaimanapun, menurut SKMM ianya tidak begitu menjejaskan sebarang perkhidmatan secara keseluruhannya, dan dapat beroperasi secara lancar sepanjang hari ini.”

    Baguslah mentaliti macam ni, katalaluan pengguna digodam tapi masih claim tak ada apa-apa.

    • Rakyat Malaysia pada 17 Jun 2011

      hacker anonymous ni dh melampau… web cimbclick pun di hack… kalau hilang duit simpanan aku… memang nak kena…

      aku berdoa kepada Tuhan agar hacker anonymous ini ditangkap dan diadili…

      • pengomen tegar pada 21 Jun 2011

        tak berbaloi tu, biar tiba-tiba meletup je pc yang dia duk guna untuk hack tu, biar buta terus mata. baru dia tahu langit tinggi rendah.

      • arnamee pada 23 Jun 2011

        bankku;(

  2. Roslan Nazri pada 16 Jun 2011

    yg tau bukan anon..mmg local hacker..good job..

    • juara rakyat pada 17 Jun 2011

      Good job?kamu hilang akal ke?menyusahkan orang…nie namenya biawak milineum…kalo hilang pangkalan data tu mana nk cekau?

  3. faiz pada 16 Jun 2011

    banyak giler yang kena..malaysia.gov.my tak up2 lagi..huhu..GB..terbaik dari kon..

  4. sedara amanz pada 16 Jun 2011

    Termasuk TM sekali .. tapi ari ni TM redirect ke http://www.tm.com.my/Pages/Home.aspx dan x boleh redirect http://www.tm.com.my/.. :) .. teruknyeee ..zzz

  5. Pisyek pada 16 Jun 2011

    ada sapa-sapa nampak data pasal aku tak? kalau ada leakage, bagi tahu aku dulu la ye. haha. :D

    • pengomen tegar pada 21 Jun 2011

      ko ni buat lawak la pulak.. ada ni ha bawak ketiak aku ni.. hampeh!

  6. Omar pada 16 Jun 2011

    Walaubagaimanapun, ianya tidak begitu menjejaskan sebarang perkhidmatan secara keseluruhannya, dan dapat beroperasi secara lancar sepanjang hari ini.

    Sebab tu lah dari dulu mungkin website Malaysia ni vulnerable.. erm, aku tak naklah bercakap yg macam aku ni pandai sgt bab2 server, network , etc.. cumanya, kalau betul tak jejas, harapnya lepas ni kerajaan dapat upgrade supaya boleh jadi tak boleh digodam dengan mudah.. bukannya digodam tapi tak terjejas..

    Dalam kes GB, erm.. dari dulu lagi.. harap dpt pulih :)

  7. Wan Perlis pada 16 Jun 2011

    ayat cover tidak menjejaskan perkhidmatan
    kalau negara lain dapat tau page malaysia 91 kena hack?tak ke malu

    • juara rakyat pada 17 Jun 2011

      nampaknya “hacker” kerajaan malaysia kena tamparan hebat…mybe korang (hacker) lama duduk relek tak update..ha…apa agi…kasi pecah la…fightback~

  8. aven pada 16 Jun 2011

    negara lain beli security harga juta2..sbb tu susah skit nak kena hack..kita punya murah jer…asalkan ader lah katakan..

    • lisa pada 17 Jun 2011

      dah gune OS pun yg windows 2003…mmg senang la kna hack.

  9. TTTT pada 16 Jun 2011

    Tak sangka rakyat Malaysia terdapat ramai hacker yang mmg berbakat besar!! :)

    • pengomen tegar pada 21 Jun 2011

      sia-sia la Universiti buat program MASTER IT… apo daa ko..

  10. Sabahan Bloggers Club pada 16 Jun 2011

    Pening semua webmaster Malaysia, termasuklah kita para bloggers, risau kena hack gak.

    • Omar pada 17 Jun 2011

      Cam takde motif je nak hack blog.. bukannya ada simpan CC number, benda-benda government pun…

  11. Xanos pada 16 Jun 2011

    Tak sangka Malaysia ada ramai hacker yang berbakat besar :) congrate to all

  12. idd pada 16 Jun 2011

    Wahai hacker2 sekelian…. cuba kerja di Google Corp. ke, facebook ke.. sure dapat

    • pengomen tegar pada 21 Jun 2011

      Hacker ni lebih kaya dengan kerja meng’hack’ dia orang tu.. mana dia nak keje kuli2 tu semua. buang karan!

  13. Mashi pada 16 Jun 2011

    takde yang hack web kru studio ke?

    • Syafiq Zainal pada 16 Jun 2011

      dah kena dah pun tapi dah ok semula.

    • anazhd pada 17 Jun 2011

      aku dah send email ke KRU beberape jam sebelum kene hack. tapi sorang pun tak reply. padan la muke dorang. kwakwakw. nasib baik kejap je dah dpt patch/recover balek.

  14. IRWAN pada 16 Jun 2011

    Serangan siber juga dipercayai dilakukan kumpulan lain berikutan pengesanan modus operandi berbeza oleh satu kumpulan tempatan, “Dragon Force”, yang lebih gemar melumpuhkan laman sesuatu web dan menghiasi laman itu dengan imejnya.
    Pengurus Operasi BubTech Sdn Bhd, Mazniezan Iqram Mat Zain, berkata kumpulan “Anonymous” cuba mempamerkan kemarahannya terhadap tindakan Kerajaan Malaysia menyekat laman web perkongsian fail kerana ia melanggar Akta Hakcipta 1987.

    “Kumpulan ini patut sedar bahawa kerajaan hanya menyekat akses ke laman web berkenaan, tetapi ia masih boleh dicapai melalui sumber terbuka penyedia proksi seperti OpenDNS. – BERNAMA

    • juara rakyat pada 17 Jun 2011

      “Anonymous” sialan ni depa tak rasa la…tapi org seni / organisasi di Malaysia susah payah usaha orang lain main copy free jek..so sy rasa SKMM bertindak adil..tapi yg peliknye..agak kurang bijak SKMM tak prepair awal2 ke jangkaan begini? hal species “dragon force” dasar manusia tak tahu untung…berbilion subsidi kerajaan dah kasi lagi mau dowload mende free…mmg kurang ajar~ Apa perasaan kamu kalian2 kalau kamu penyanyi dan lagu kamu dia pasang tiap hari di merata tempat, tetapi kamu hidup merempat?tiada artis/pengiat arena hiburan/seni kita sepi…ada lagu takde komisen dan royalti..penyanyi mati la…korang ingat masuk studio tu mcm byr charge tandas awam ke?beratus ribu abis…dtg “puak” download..one klik..free~orang kita hidup makan pasir ke plastik?wahai Hacker2 jgn la buat menda mcm nie..SKMM melindungi hakcipta..”dragon force” korang lindungi hape???

  15. nur pada 17 Jun 2011

    kita tak perlu marah pada anonymous , KERAJAAN kita yg buat onar dulu.. atas alasan website ada unsur jenayah… cuba buat kajian balik.. jenayah nampak dalam negara masih banyak lgi dah nak cuba try usik perkara yg melibatkan international.. internet adalah DUNIA.. kita perlu fikir dengan waras…

  16. Ann pada 17 Jun 2011

    JR: hang cakap cam hang xpena donload benda2 cam ni je… Copy lagu2 or Movie dari member pun salah jugak bro sbb kedekut keluar duit beli original sendiri punye… :p

  17. Ann pada 17 Jun 2011

    juara rakyat: bro, cara hang cakap macam hang xpena download je benda2 macam nih… bro, copy lagu or movie dari member pun kire salah jugak bro sbb kedekut beli yang original untuk diri sendiri… :p

  18. Don pada 20 Jun 2011

    hacker wtpe nk keje dgn orang…keje sendri pun leh cr mkn…lagi mau mkn gaji ka?….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader