20Jun

TableFour.Us Memperlihatkan Aplikasi Melalui Video 4 Saat

Web 2.0

Selepas memperlihatkan sedikit paparan yang kurang jelas, yang memperlihatkan aplikasi TableFour.Us sebelum ini, kini pihak pembangunnya sekali lagi memberikan sebuah teaser ringkas berkaitan dengan aplikasi mereka, melalui sebuah video seringkas 4 saat. Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi aplikasi TableFour.Us ini masih lagi tidak diketahui.

Buat masa ini, fungsi utama TableFour.Us masih lagi samar-samar. Berkemungkinan, melaluinya, ianya akan membolehkan para pengguna untuk mencari restoran ataupun kedai makan, dengan mudah dan pantas. Mungkin ianya turut sama akan didatangkan dengan sokongan cadangan makanan, untuk memudahkan penggunanya mencari makanan kegemaran berdasarkan sesuatu lokasi ataupun restoran itu.

Melalui apa yang dapat dilihat, ianya membawakan tiga tab, termasuk tab rakan-rakan dan juga carian. TableFour.Us mungkin juga akan mengintegrasikan sokongan Facebook Connect (ataupun pendaftaran tersendiri), untuk menarik rakan-rakan anda yang lain yang mana turut sama menggunakan aplikasi tersebut.

Mungkin pembangunnya sendiri akan mengumumkan berkaitan aplikasi TableFour.Us ini dalam masa beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Twitter Memperkenalkan Twitter.com Baru
Skyfrens - Lagi Laman Sosial Tempatan?
TeratoTech Bakal Melancarkan Aplikasi Undies Untuk iOS Tidak Lama Lagi
Fail APK Untuk Flipboard Mula Tersebar Di Arena Internet
Facebook Memperkenalkan Kotak Dialog Notifikasi Mesej Yang Baru

5 Komen

  1. Twit N View pada 20 Jun 2011

    kedekutnya 4 saat jer…haha

    • Azizi Khalid pada 27 Jun 2011

      Bukan kedekut. Tak lama lagi kami akan lancarkan app ini. Insya Allah dalam seminggu dua lagi.

  2. Faizal pada 20 Jun 2011

    Developer local ke ni?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader