READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Sebelum ini, Celcom pernah mengatakan yang mana tidak sampai 20% pengguna telefon pintar di Malaysia. Namun mungkin ramai tertanya, apakah telefon pintar yang paling digemari oleh para pengguna tempatan. Kini, sebuah infografik ringkas memperlihatkan pilihan telefon pintar di Malaysia dan beberapa negara jiran, iaitu Singapura, Indonesia dan juga Thailand.

Daripada apa yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana taburan penggunaan dan pemilihan jenama telefon pintar di Malaysia adalah hampir serupa, walaupun ianya didominasi oleh iPhone dengan sebanyak 36.%. Mengikuti dibelakang iPhone adalah Android sebanyak 32.9% dan juga BlackBerry 30.6%. Walaubagaimanapun, data berkaitan penggunaan telefon pintar Symbian tidak diperlihatkan, dan webOS sememangnya amat kurang popular dirantau ini.

Melalui infografik itu, ianya menyatakan yang mana menggunakan data pada penghujung tahun 2010 yang lepas, mengikut data daripada IDC. Ianya mungkin telah berubah buat masa ini pada masa kini, dengan pelbagai penyedia syarikat telekomunikasi menawarkan telefon pintar Android.


Terdapat 25 komen
  1. nice, akhirnya ada pun pecahan untuk Malaysia…ni leh masuk proposal ni…tapi takde tunjuk jumlah eh…berapa ratus juta orang ke…

  2. tak adil”melampau sampai symbian tak de dlm graf..aku rase di malaysia 3310 masih meletop lgi..

  3. fuh~ aritu aku gi bandung Indonesia. memang xnampak Iphone..sume pakai BlackBerry! klau xmampu pkai BlackBerry, diorg akan pkai hp berkeypad QWERTY jugak even LG atau samsung. barang apple ngan keypad touch memang xley cari makan kat sne..

    • lagi 1, BlackBerry kat sane murah kowt! aku sempat sambar curve 8520 baru 6++ selepas diconvert ke ringgit malaysia.

  4. fon yg ada torchlite tu x de lak?? org guna apa

  5. itu penghujung tahun 2010, dah berubah byk dak tu sampai sekarang

  6. Pingback: [Infographic] Smartphone Usage In Malaysia | firechrome.com

  7. karut..mcm nokia n symbian x wujuc kat malaysia nih..x senonoh yg buat kek basi tuh

    • sbb yg pki symbian x online kot.stakat pakai sbb 2 xdpt detect.er smartphone..

  8. data utk 1/4 tahun ni takde ke?
    kalau ada sure ada market utk phone7, dan sapa yg kipas susah mati nokia sure akan beralih dari symbian ke windows phone7 os..

    anyway aku sejak guna CSL droidpad nov2010 mmg dah tak pandang lain phone os..android buat masa ni mmg citarasa ku..wife pun dah kene racun..bulan 3 hari tu wife dah cuba nak beralih arah..dia tukar dari HCT DesireHD kepada iPhone4, tapi tak sampai 2 minggu je pakai, lepas tu terus tukar balik ke android beli SE Xperia Arc pulak.

    sejak 10 bulan lepas aku dah pakai CSL droidpad, HTC Desire, Samsung galaxy ace, galaxy s, LG optimus one, HTC DesireHD, Sony Xperia Arc dan sekarang HTC Incredible S..tak bercadang nak upgrade lagi sehingga lah quadcore android keluar akhir tahun ni/tahun depan.

    aku dulu mmg peminat Nokia, dan masa nokia tengah down akhir tahun lepas, aku mmg berharap dia akan beralih ke android..tapi sayang, diorang pilih phone7 sebagai pengganti symbian/meego,
    kalau tak silap diorang sempat siapkan meego phone iaitu N9 yg akan dilancarkan tak lama lagi..dan phone tu adalah phone meego yg terakhir nokia keluarkan sebab diorang nak fokus kpd windows phone7 os utk highend smartphone diorang..

    terkilan sebab aku suka nokia punya highend hardware smarphone, ada quality built dan spec yg menarik.
    utk android phone ni aku lebih suke HTC sebab dia punya quality built walaupun dari segi spec Samsung sentiasa didepan..

  9. aku prefer android, tp iphone pun menarik, cuma harga dia beza sgt, tp apa2 pun beli mana yang mampu dah la ;)

Komen

Nama
Web