Cari @ Amanz

Sebelum ini, Celcom pernah mengatakan yang mana tidak sampai 20% pengguna telefon pintar di Malaysia. Namun mungkin ramai tertanya, apakah telefon pintar yang paling digemari oleh para pengguna tempatan. Kini, sebuah infografik ringkas memperlihatkan pilihan telefon pintar di Malaysia dan beberapa negara jiran, iaitu Singapura, Indonesia dan juga Thailand.

Daripada apa yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana taburan penggunaan dan pemilihan jenama telefon pintar di Malaysia adalah hampir serupa, walaupun ianya didominasi oleh iPhone dengan sebanyak 36.%. Mengikuti dibelakang iPhone adalah Android sebanyak 32.9% dan juga BlackBerry 30.6%. Walaubagaimanapun, data berkaitan penggunaan telefon pintar Symbian tidak diperlihatkan, dan webOS sememangnya amat kurang popular dirantau ini.

Melalui infografik itu, ianya menyatakan yang mana menggunakan data pada penghujung tahun 2010 yang lepas, mengikut data daripada IDC. Ianya mungkin telah berubah buat masa ini pada masa kini, dengan pelbagai penyedia syarikat telekomunikasi menawarkan telefon pintar Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd