Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ingatkah lagi dengan Joomla Day 2011 yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur pada bulan penghujung bulan ini? Kini, AmanzNetwork sebagai salah satu media atas talian untuk acara terkemuka tersebut, mendapat sebanyak tiga tiket untuk para pembaca kami, dan diberikan secara percuma.
(Satu tiket seorang untuk tiga pemenang)
Melalui hari tersebut, ianya bakal menyediakan pelbagai info-info menarik bagi para pengguna dan juga pembangun Joomla, berkenaan dengan aplikasi sumber terbuka yang popular itu. Anda juga akan mendapat pelbagai info semasa berkaitan Joomla 1.7 yang bakal dilancarkan pada 10 Julai kelak, terus daripada pembangunnya. Joomla Day 2011 bakal diadakan di Auditorium Microsoft, KLCC pada 25 Jun ini, dari 8.30 pagi hingga ke 5.30 petang.
Berkaitan dengan tiga tiket yang ditaja sepenuhnya oleh JomSocial untuk ke Joomla! Day 2011, anda hanya perlu tinggalkan komen di artikel ini – Mengapa Anda Inginkannya? – sebelum pukul 12 tengah malam ini (17 Jun), dan kami akan hubungi pemenangnya seawal pagi atau petang esok.
Bagi yang tidak berjaya, anda juga boleh mendapatkan tiket Joomla! Day 2011 terus daripada penganjurnya pada harga serendah RM90.
Pemenang, saudara Kodin, Omar dan juga Saladen telah pun dihubungi melalui emel. Bagi yang tidak berjaya, mungkin boleh cuba lain kali, untuk hadiah dan perkara yang lebih menarik lagi.
waaaa..best2 ni taw2 je skang tgh berjinak2 dengan joomla..Joomla pe lagi.Hehehe..Nak g tapi gaji lambat masuk plak.adeiyhh
berikan sebab sekali yerk kenapa nak menang? hoho
p.s : baru update artikel. hoho~
Kenapa nak menang?
Sebab saya bekerja di sebuah syarikat dimana jobscobe sy dalam menguruskan web syarikat,dah bagi buku panduan joomla & tutorial tetapi saya masih tidak berapa faham dalam mengunakan joomla lagi.Harap dengan Joomla day ni dapat menambah & minat saya kepada Joomla.
saya mahu!
sekali silap url web daa …. cepat sangat nak reply
(tapi tak dapat first jugak …. haish!)
berikan sebab sekali yerk kenapa nak menang? hoho
p.s : baru update artikel. hehe.
power power!
Sebab boss kata kena buat
Kena mengarang pulak
Berkarat dah ni nak taip ayat bunga – bunga … Hahah
Mengapa Anda Inginkannya?
Pertama sekali sebab nak naik tingkat 29 KLCC! Wuhuu!
Ok. Serius. Sebab nak tahu lebih lanjut pasal Joomla Template Framework, Mobile apps dan sudah semestinya security (sekarang web Malaysian lebih menjadi sasaran penggodam?).
Dan dengan peluang ini saya akan kongsi balik dengan semua orang tentang ilmu yang saya dapat di JoomlaDay di blog saya. Yes! (Dah macam janji YB pulak)
Wassalam
Saya mahukannya! Hehe~…Mengapa anda inginkannya? Kerana saya salah seorang dari jutaan pengguna Joomla dan sebagai pengguna, saya berminat untuk mengetahui hala tuju dan masa depan CMS tersebut terutama info mengenai Joomla 1.7 (dan apa kelebihan dan kemudahan kepada pembangun yg menggunakan versi tersebut berbanding versi terdahulu).
Dan juga mengetahui sedikit sebanyak tentang pembangunan template Joomla (pemilihan FW yang sesuai) serta keselamatan laman-laman web Joomla. Serta pengintegrasian aplikasi mudah-alih pada Joomla. Dan, seperti biasa juga, sebagai seorang penulis blog, (jika terpilih), apa yang disampai di J!Day akan dikongsikan bersama dalam blog atau laman-laman tutorial berkaitan. Hehe~
Jadi, undilah saya..hahaha
1.ingin tahu info-info berkenaan platform joomla.
2.ingin memplejari mendalam tentang joomla
Salam,
Sebab kenapa nak inginkan tiket joomla ini, kerana saya terlepas pergi Joomla Day sebelum ini. So yang kali ini, sepatutnya tak boleh terlepas, sebab apa yang saya baca dari forum2 banyak info2 yang terbaru tentang joomla akan didedahkan (joomla 1.7), dan juga tips & trick, lagi2 dari team joomsocial
Dan yang paling penting taknak lepaskan adalah sesi networking. Tukar2 info & berkongsi pengalaman dgn peserta. Sebenarnya, tu yg penting dalam Joomla-Day ni. Bukan senang nak kumpul joomla user/developer ni. So, kat situ jela cara yang boleh kite kongsi pengalaman/idea/trick dan juga maybe bleh JV dan sesape2
Sebab saya memang tak belajar lagi pasal Joomla. Tak tahu dan nak apa kelebihan joomla berbanding wordpress.
JDay mengumpul kesemua peminat, pengguna dan pembangun laman web yang menggunakan Joomla. Saya adalah developer yang mungkin akan menggunakan Joomla sbg platform laman-laman web di UPM.
Saya nak sebab bajet tak berapa ada…
Terbaiklah Amanz.my! Saya mahukannya sebab:
1) Tiket free siapa yang tak nak.
2) Ingin dapatkan perkembangan terkini mengenai Joomla 1.6 yang dikatakan lebih user-friendly dan juga designer-friendly. Ini merupakan peluang yang perlu diambil kerana pastinya ramai webdesigner Joomla yang akan hadir, jadi mungkin boleh tambah networking.
P/s: Sudah lebih 2 tahun tak guna Joomla.
Saya mahukannya sebab selama ini saya membangunkan laman web dan portal Jabatan menggunakan WordPress. Saya didedahkan dengan kelebihan wordpress. Maka sekirannya Amanz.my memberikan tiket percuma ini, maka saya berpeluang mendapatkan info terkini Joomla serta boleh membuat perbandingan dengan CMS yang lain-lain.
saya nak tiket ni sebab:
1) nak create network, nak cari contact yang berbaloi – baloi dan contact ini digunakan untuk event yang aku cadangkan kat ko tu…hehe..
itu aje…sekian…
Aku nak tiket tu (kalau ada rezeki) sebab zero knowledge on Joomla
Mengapa Anda Inginkannya?
Kerana saya ingin menjadi sebahagian dari pengguna Joomla! yang benar-benar dekat dengan Joomla! serta bersama komuniti Joomla! yang lain. Tidak lupa ingin bersama Aman bertemu dengan Presiden OSM, Ryan Ozimek bersama mendengar arahtuju CMS Open Source terhebat ini seterusnya!
Menyokong pembangunan Joomla!
Nak tiket tu sebab pengguna joomla yang setia bermula dari tingkatan tiga.. Mula buat blog pun menggunakan Joomla.. Bak kata orang, Joomla dengan Ahmad FIkrizaman x dapat dipisahkan.
Mengapa Anda Inginkannya?
kerana dengan menghadiri Joomla!Day Malaysia 2011,saya dapat menambah ilmu dan mengelak laman web Joomla! saya daripada digodam oleh anonymous dan penggodam seantero dunia.
cun lah
semua reason yang amat – amat bernas dan jitu. hehehe.
joomladay sendiri ada bagi 3 tiket free jugak kan, kena blog dengan tweet ape tah …
saya ingin menang kerana saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang JOOMLA san sebagai seorang pelajar IT saya amat berharap JOOMLA membantu masa depan saya
Mengapa Saya Inginkannya?
1. Saya pengguna dan peminat Mambo dan Joomla
2. Saya pernah menghadiri Joomla Day sebelum ini dan ia amat menarik, lalu saya pasti tahun ini lebih meriah dan berinformasi.
3. Saya ingin mengetahui perkembangan terkini Joomla melalui wakil-wakil yang ada pada hari tersebut.
4. Saya ingin bertemu dengan otai-otai Joomla yang ada pada Joomla Day 2011.
5. Saya sangat ingin tahu mengenai projek Joomla 1.7 yang bakal dikongsikan.
6. Keseluruhan aturcara yang diaturkan dilihat berguna kepada saya dan pengguna Joomla yang lain
Sekian, terima kasih.
Saya ingin tiket percuma tersebut kerana saya adalah pengguna Joomla semenjak Mambo lagi.
Nak tiket joomla sebab nak jumpa amanz, sebab selalu kat alam maya je..orang kata amanz pemalu..hiks! tapi tak tau la kalau 10 hb tu ada hal ke tak..buat masa ni free..pick me! pick me!
Nak la tiket free tu..kenapa ?
Menghadiri Joomla Day adalah menjadi satu keinginan yang tinggi bagi saya selaku pengguna web berasaskan CMS Joomla. Joomla menjadikan hidup saya lebih ceria kerana masa yang banyak dapat dijimatkan dalam pembangunan laman web.
Perkongsian kepakaran, idea dan teknologi dalam Joomla Day sememangnya tidak patut dipersiakan begitu sahaja. Saya ingin menjadi salah seorang ahli perkongsian tersebut.
Maka tolonglah jimatkan RM90 saya dalam dunia yang penuh dengan kenaikan ini.
Mengapa?
Joomla amat berguna dalam membina website selain dari open source,saya amat meminati.
Oleh itu, jika saya menghadiri Joomla Day, saya inginkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yg amat berguna selain dari membina web dalam Joomla. Joomla Day? saya mahu pergi, jadi Jomlah pergi jika ini adalah peluang saya.
da tutup ke? Dha 18 jun.
Mengapa Anda Inginkannya?
Tiket ke joomla Day 2011, merancakkan lagi arena joomla malaysia, sebab sya nk tiket Free untuk mendapatkan perkembangan yang terkini suasana disana nanti. mendapat ilmu-ilmu yg baru dari pakar atau dari jemputan yg hadir.
saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan oleh amanz.my jika diberi peluang. Jom ramai2 kita konvoi ke joomla day 2011. Pastinya meriah dan Best!!!