Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ingatkah lagi berkenaan pelancaran permainan Citrawarna 1Malaysia di Facebook oleh Tourism Malaysia pada bulan Mei yang lepas? Kini, ianya diketahui yang mana jumlah kempen media sosial bagi keseluruhan enam halaman Facebook yang dihasilkan itu berjumlah lebih kurang RM1.8 juta.
Melalui RM1.8 juta tersebut, ianya diketahui yang mana bukan sahaja mereka menghasilkan sebuah aplikasi permainan khas untuk mempromosikan Malaysia, tetapi juga diperkatakan telah digunakan dalam penjenamaan atas-talian bagi Tourism Malaysia, mengiklankannya secara atas talian, membuat pelbagai pertandingan, serta majlis pelancarannya dibeberapa buah negara.
Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dilaporkan secara keseluruhannya dibeberapa media terkemuka, dan telah menghasilkan beberapa ketidak-puas hatian oleh rakyat tempatan. Mungkin pihak Tourism Malaysia boleh mengatasi perkara ini dengan mudah, dengan memperlihatkan dan menunjukkan hasil pendapatan serta kebaikkan yang diperolehi daripada perkara ini kepada umum.
43 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
benar tue..
for me.. ok kot compare ngan pulangan terhadap industri pelancongan kepada malaysia.. kan industri pelacongan antara pemberi pendapatan yang tinggi yang malaysia… ini kira macam pelaburan la..
ini FB la ni, huh kita buat FREE je pun, cmna KERAjaan boleh labur sebanyak tu?
persoalan ni, menteri kena jawab isu ni
ada ke yg rajin nak buat free utk gov?
kalau dah ada kesempatan, diorang ambik la peluang charge harga pada gov…
actually menteri tu boleh arah je mana-mana staf kerajaan (apatah lagi yang ICT) buat page tu.
“Melalui RM1.8 juta tersebut, ianya diketahui yang mana bukan sahaja mereka menghasilkan sebuah aplikasi permainan khas untuk mempromosikan Malaysia, tetapi juga diperkatakan telah digunakan dalam penjenamaan atas-talian bagi Tourism Malaysia, mengiklankannya secara atas talian, membuat pelbagai pertandingan, serta majlis pelancarannya dibeberapa buah negara.”
RM 1.8 JUTA itu bukan hanya untuk buat page facebook, tetapi pelbagai aktiviti lain.
Saya setuju dengan pendapat WAKJAN.. RM1.8 Juta adalah budget yang diberi
untuk mempromosikan Tourism Malaysia. Salah satu daripada aktiviti tersebut
adalah memaklumkan secara FB..Lain-lain aktiviti juga menggunakan budget
itu juga..
bro, susah skit laa nak dpt jawapan dari menteri tu. clearly someone is making money in the process
that correct. i agree wit u bro..
Saya petanda aras yg bagus dlm bidang pelancongan negara ini.
Satu petanda aras yg bagus dlm bidang pelancongan negara ini.
Ketelusan adalah kunci bagi persoalan ni… Ceritakan dengan detail.. Bab duit ni 1 sen pun kena cerita kat audit mana peginya.. Kepada rakyat harusnya lebih detaillah lagi. Rakyat faham atau tak itu soal kedua. Until now.. i’m still agree with KJ..
undilah umno
macam tak berbaloi je
memang kita taw yang tourism salah satu daripada punca pendapatan negara.
tapi..
smua perlukan wang..programmer pn nak gaji..
tak dak gaji nk makan apa?pasir?
kepala hotak dia nak bayar gaji programmer sampai berjuta-juta.
aku pun programmer fb utk company aku jugak, tak logik langsung
kalau bayar juta2 utk fb even utk develop apps. coding dia bukan susah pun.
kempen sosial nenek dia.
wakakakaka
RM1.8 Juta adalah budget yang diberi
untuk mempromosikan Tourism Malaysia. Salah satu daripada aktiviti tersebut
adalah memaklumkan secara FB..Lain-lain aktiviti juga menggunakan budget
itu juga..
bro, baca elok2 atas tu bro. bukan takat nak bayar programmer macam kita ni. abes tu kos server? hardware lain? then ground event tu igt murah? aku pon programmer dan aku penah bekerja dgn company yg buat ground event utk tourism malaysia gak (projek lain). bukan murah kos nak buat ground event lebih2 lagi benda ni dia buat kat beberapa negara. bukan dalam negara je.
btul ke ko ckp nie.. boleh buktikn x?
Kalau dia bayar saya RM100 ribu pun dah cukup utk buat semua tu. Hihihihihi…
biasala gomen..
orang beli laptop harga rm3k dia beli harga 10k..
takbir urus yang bongok camnila yang menyebabkan kerajaan sesak pastu lepaskan bebanan pada kita…
setuju
betul tu.. setuju..
correct.. i’m agree..
Jap.. sabar2.. baca tul2 entri tu, Amanz tulis “mengiklankannya secara atas talian, membuat pelbagai pertandingan, serta majlis pelancarannya dibeberapa buah negara.”
jadi mungkin logik sampai RM 1.8juta.. kalo statement kat atas tu tak termasok dlm perbelanjaan, mmg tak logik la spi gitu duit pakai..
http://tourmalaysia.com.my/ got hack.
diorg kata 6 pages utk 1.8mil..
tweet diorg http://i.imgur.com/1S9bp.jpg
kalau ye, jikalau 1.8 juta itu (1.7 juta++) hanyalah untuk membayar syarikat – syarikat tertentu untuk menghasilkan pages + flash + graphic + design sahaja semata – mata …. memang boleh dipersoalkan lah .. kenapa 1.8 juta? kenapa mesti juta?
yang last sekali kos terbabit adalah “campaign management” …. mungkin yang ini kot telan belanja lebih ….
boleh request cost/budget breakdown ke ? senang sikit nak tengok part mana yang makan banyak ….
1.8 juta termasuk 7 aplikasi flash berupa pertandingan (dengan hadiah). Monitoring selama setahun. Periklanan online (Pay per click). Design landing page. Memandangkan Pepsi menggunakan USD20mil apetah sangatlah 1.8 juta.
termasuk PPC ke … + 1 year monitor …. kira cam overall costing la ni 1.8 mill …. boleh bagi link untuk info ni ?
betul ke?? jgn sembang saje. buktikan…
mak aiih sakan mark up harga, dah macam boleh buat PPRT ja
mentaliti sesetengah rakyat Malaysia fikir semua benda patut FREE. Buat FREE & dapat FREE. Tapi kadang2 ada juga syarikat yg mengambil kesempatan. kalau client gov, kena lipat tinggi2 yang tak masuk akal.
Persoalan yang bermain difikiran saya…
1. Tidak adakah pakar IT dalam kementerian yang boleh menguruskan projek ini? Jika jwapannya tiada maka sewajarnya kerajaan mewujudkan perjawatan baru untuk grup pakar it bagi setiap kementerian? Macam Kementerian Pelajaran ada jugak unit IT. Banyak program online atau offline dibina dengan free atau harga murah je… (ni saya tak setuju gak… nak free je)
2. Apa akan jadi selepas tamat kontrak 3 tahun? Adakah Kementerian akan mengeluarkan lagi RM rakyat untuk sambung kontrak?
3. Jika tak sambung kontrak, sapa nak urus? Atau ia dibiarkan mati mcm tu ja… Atau waktu tu buat projek lain pulak?
Ada. Tapi mungkin mereka lebih mahir dengan bidang lain dan terpaksa hire pengaturcara dari luar. Kementerian Pelajaran ada Unit IT, tapi ada juga projek yang di-sub dari KIK dan pihak ketiga, contohnya: Eduwebtv.com
wow 1.8juta hanya utk fbook?
x logik langsung laa.. 1.8 million utk laman facebook sj.
x logik langsung la.. 1.8 juta hanya utk laman facebook je. Kena bg SPRM siasat perkara nie.
Takpelah. Kita tengok pulangan modal ni kepada negara.
Jangan jadi macam sorang ADUN ni yang asyik kritik pihak swasta yang buat animasi Saladin.tv sampai menelan kos berjuta oleh company, tapi bila diterang, nampak sangat jahil tentang IT. Tengoklah kualiti Saladin tu patutnya.
emm…tunggu dan lihat..
tapi takde plak aku tgk menteri jawab entri-entri kt blog ye?kot ada yang mengomen, kan ke best..;D