02Jun

Twitter Mengumumkan Perkhidmatan Perkongsian Gambar Rasmi

Web 2.0

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini pihak Twitter sendiri mengesahkan yang mana mereka akan membuat sedikit perubahan pada halaman dan perkhidmatan mereka, membolehkan para pengguna berkongsi gambar dan imej dengan mudah terus melalui Twitter.

Twitter mengatakan yang mana perkhidmatan ini akan dilancarkan dengan kerjasama pihak Photobucket, dimana para pengguna kelak boleh memuat-naik gambar terus daripada halaman web Twitter.com dengan mudah. Fungsi serupa sudah pun terdapat pada aplikasi mudah-alih, namun mungkin sedikit perubahan padanya akan diperkenalkan tidak lama lagi, menggunakan perkhidmatan rasmi daripada Twitter.

Pada masa yang sama, Twitter juga kini dalam perbincangan bersama-sama syarikat telekomunikasi diseluruh dunia, dimana para pengguna juga kelak akan boleh memuat-naik gambar ke halaman Twitter terus melalui MMS dengan pantas dan mudah.

Ianya diperkatakan yang mana Twitter akan memperkenalkan kemaskini ini dalam masa beberapa minggu lagi.


Aplikasi Facebook Untuk iPad Diperlihatkan - Masih Dalam Pembangunan
Spotify Bakal Memperluaskan Perkhidmatan Ke Rantau Asia
Tsunami Di Jepun Menjadi Berita Paling Banyak Dikongsi Di Facebook Pada 2011
AtticTV - Saluran Muzik Video Berasaskan Internet Dilancarkan Dalam Bentuk Beta
Iklan Pertama Pada Halaman Log Keluar Facebook Mula Kelihatan

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader