Cari @ Amanz

Mungkin semua sudah ketahui akan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi yang diperkatakan yang terpantas di Malaysia buat masa ini, menawarkan kelajuan sehingga 1000 Mbps, iaitu daripada VDT. Kini, sebuah video khas dilihat memperlihatkan kelajuan muat-turun dan pelayaran menggunakan perkhidmatan internet mereka.

Melalui video khas tersebut, NewPulse, salah satu pengedar rasmi VDT memperlihatkan kelajuan muat-turun, serta pada masa yang sama memperlihatkan kelajuan pelayaran web dan juga streaming video terus padanya yang boleh dilihat tanpa sebarang masalah.

VDT Berhad

Buat masa ini, VDT menawarkan perkhidmatan internet mereka dikawasan sekitar KL Sentral sahaja, dan tidak diketahui bilakah ianya akan diperluaskan penggunaan ke beberapa kawasan lain. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjutnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd