27Jun

Vizualize.me Akan Menjadikan Resume Anda Lebih Menarik Lagi

Web 2.0

Dengan lebih ramai pemohon kerja, semestinya anda inginkan sesuatu yang unik pada resume anda. Kini anda tidak perlu risau lagi, dimana melalui Vizualize.me, kelak anda boleh mengubah resume anda yang tampak biasa kepada sesuatu yang lebih ceria, sekaligus menarik minat para pembacanya.


Beberapa Contoh Rekaan Resume Melalui Vizualize.me

Secara ringkasnya, Vizualize.me menarik data daripada profail pengguna LinkedIN, seterusnya menyusun dan memaparkannya dalam bentuk yang menarik sekali. Ianya diperkatakan yang mana beberapa rekaan tema akan diberikan untuk pengguna memilih daripada, selain turut menyediakan pilihan tema dan rekabentuk berbayar.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah laman Vizualize.me ini akan dilancarkan sepenuhnya, memandangkan pembangunnya masih lagi pada peringkat akhir pembangunan laman mereka itu.



4 Komen

  1. muhammad fakhruddin pada 27 Jun 2011

    Walaupun ada akaun LinkedIn, sangat jarang dikemas kini.

  2. izwan pada 28 Jun 2011

    sudah ada linkedin cuma belum masanya nak membina network

  3. Orang Akaun pada 28 Jun 2011

    arsemm

  4. Hafiz pada 28 Jun 2011

    Smart


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader