Cari @ Amanz

Nampaknya pihak pembangun WordPress sudah pun menghampiri fasa akhir pembangunan WordPress 3.2, dimana kini WordPress 3.2 RC telah pun dilepaskan untuk diuji oleh semua. Seperti sedia maklum, versi RC dilepaskan selepas fasa beta, dan sebelum versi akhir dikeluarkan secara rasminya.

Antara perkara baru dalam WordPress 3.2, termasuklah kemaskini pada rekabentuk antaramuka dashboard WordPress, serta membawakan tema baru yang dinamakan sebagai Twenty Eleven. Pada masa yang sama, WordPress 3.2 juga menamatkan sokongan untuk pelbagai teknologi dan perisian lama.

Buat masa ini, para pengguna WordPress.com sudah pun boleh menikmati pelbagai perkara baru pada WordPress 3.2, dan WordPress 3.2 dijangka akan dikeluarkan secara rasminya dalam masa beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd