25Jun

WordPress 3.2 Memasuki Fasa Release Candidate 2

Sumber Terbuka, Web 2.0

Mengikuti pelepasan versi RC pertama, kini pihak pembangun WordPress telah pun mengeluarkan WordPress 3.2 RC2 dimana melalui kemaskini ini, ianya membawakan penyelesaian beberapa pepijat pada tema baru WordPress, iaitu Twenty Eleven, serta beberapa kemaskini yang lain.

Ianya diperkatakan yang mana salah satu matlamat utama pada WordPress 3.2 adalah kelajuan, dimana WordPress 3.2 akan berfungsi lebih pantas berbanding versi-versi yang sebelumnya.

Selain daripada itu, WordPress 3.2 turut sama membawakan kemaskini pada antaramuka dashboard, serta tema baru yang dikenali sebagai Twenty Eleven. Dengan memasuki fasa Release Candidate ataupun RC, ianya memperlihatkan yang mana pembangunan WordPress 3.2 memasuki fasa terakhir, dan mungkin akan dilepaskan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


Friendster "Baru" Bakal Mengutamakan Permainan
1Malaysia RoundTable Kini Sudah Boleh Diakses
Firefox 8 Versi Stabil Kini Sedia Dimuat-Turun Daripada Pelayan FTP Mozilla
Populariti Ubuntu Semakin Merudum - Adakah Salah Antaramuka Unity?
Bersama Pembangun Evenesis - Finalis Anugerah NEF-Awani 2011

1 Komen

  1. Juan pada 26 Jun 2011

    x sabar dah nih, hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader