Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Walaupun populariti enjin carian Yahoo! semakin merudum akhir-akhir ini, namun mereka tetap kekal memperkenalkan pelbagai perkara baru dan terus mengintegrasikan fungsi-fungsi baru pada laman mereka, dan terkini, Yahoo! menyokong carian aplikasi mudah-alih terus daripada laman utama mereka.
Kini, selain daripada pilihan tab Imej, Berita dan sebagainya, Yahoo! turut sama memperkenalkan tab bernama Apps pada halaman utama mereka, membolehkan anda melakukan carian untuk mencari aplikasi baru pada peranti mudah-alih anda, samada untuk iOS ataupun Android.
Selain versi desktop untuk pelayar web, Yahoo! turut sama melancarkan aplikasi bernama Yahoo! AppSpot, membolehkan pengguna mencari aplikasi yang dikehendaki lebih pantas, terus dari telefon pintar iPhone atau Android, serta turut menyokong iPod Touch.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
untuk blackberry xde ker…?haish~
aku suker google lagi
senang guna bing dan google
daripada yahoo.apapun supaya
yahoo terus cuba bersaing.
ko suka guna Bing? aku paling menyampah!.. xcukup info kalau search kat situ, tak caya cuba ko banding search contoh “permainan java percuma”, ko tgk bing dengan google. tenyata google jauh lebih banyak info..