Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah hampir setahun dalam pembangunan, akhirnya hari ini Yahoo! telah pun melepaskan aplikasi permesejan popular mereka versi terkini, iaitu Yahoo! Messenger 11, membawakan pelbagai fungsi baru, serta menjadikannya lebih sosial berbanding sebelumnya.
Melalui Yahoo! Messenger 11, para pengguna boleh mengikut perkembangan rakan-rakan mereka samaada terus daripada Flickr, Facebook, Twitter, Yahoo! Pulse dan sebagainya terus melalui aplikasi Yahoo! Messenger. Pengguna juga boleh mengemaskini status laman sosial termasuk Facebook dan Twitter dengan mudah terus melalui YM! dengan pantas dan mudah.
Pada masa yang sama, pengguna turut sama boleh bersembang dengan rakan-rakan Facebook, melalui Facebook Chat yang diintegrasikan bersama-sama pada Yahoo! Messenger. Pengguna juga turut sama boleh mengakses arkib mesej-mesej yang sebelumnya dengan mudah walaupun akses melalui sebarang peranti atau komputer.
Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Yahoo! Messenger 11 dan mencuba pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.
9 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
masih relevankah YM dgn perkongsian sosial skg ni? dah lama dah tak login YM. huhu
itulah.. lagipun bukan multi-protocol. pe2 pun aku rindu bunyi buzz. hehe
YM best sbb ada icon dan buzz…kalau la facebook bleh komen guna icon, mesti best….ha3
YM kadang2 je aku bukak kalu boring huhu
lame gile x login ym. dulu mmg jd kegilaan ms study. buzz bilik ke bilik pon gune ym. haha
aku masih aktif dengan YM… tq Amanz..
Sama ja.. Cane r
ade lagi ke org main ym nie? huhu..cam da suam2 kuku da sejak fb ade kan?