26Jun

Zynga Bakal Melancarkan Pesaing The Sims Dipanggil Familyville?

e-Permainan

Sebelum ini, Electronic Arts telah pun mengumumkan secara rasminya yang mana mereka akan melancarkan permainan sosial popular mereka, The Sims pada platform Facebook. Menariknya, kini ianya diura-ura akan yang mana Zynga turut sama dalam pembangunan permainan yang seumpama The Sims, dipanggil sebagai Familyville.

Ianya dilaporkan yang mana kini Zynga telah pun mengambil-alih nama domain Familyville baru-baru ini, sekaligus memberikan idea yang mana mereka bakal melancarkan permainan berkaitan keluarga – memberikan idea yang Zynga bakal melancarkan permainan seumpama The Sims tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Zynga telah pun melancarkan permainan strategi seumpama Red Alert, dipanggil sebagai Empires and Allies, dan sebelum itu, mereka telah melancarkan CityVille. Mungkinkah dalam masa beberapa bulan lagi, kita akan melihat permainan Familyville? Sama-sama kita nantikannya.


Command & Conquer : Red Alert 3 Bakal Keluar Akhir Tahun 2008
EA Memperkenalkan Parodi Call of Duty - Duty Calls
Paparan Dan Video Pemilihan Watak Pada Diablo 3 Mula Kelihatan
Rovio Melancarkan Permainan Angry Birds Pada Facebook Hari Ini
Crysis 3 Bakal Menemui Pemain Pada Tahun Hadapan

2 Komen

  1. zuan pada 26 Jun 2011

    makin menarik ni.. tp aq da lama xmen game kt fb~

  2. Vendetta Lover pada 26 Jun 2011

    bosan laa main game fb nii. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader