Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Zynga terus menambah tawaran permainan sosial mereka, dimana selepas kejayaan Farmville, Cityville, Mafia Wars dan sebagainya, kini mereka memperkenalkan permainan strategi ala-ala seperti Red Alert, dimana dipanggil dengan nama Empires and Allies. Bertambah menarik adalah ketika pelancarannya ini, permainan ini turut didatangkan dalam variasi bahasa Malaysia.

Secara ringkasnya, permainan ini mengisahkan pemain yang mengawal sebuah negara, tetapi diserang oleh pengganas yang dinamakan The Raven, dan tugas utama pemain adalah membangunkan kembali negara dan barisan tentera mereka untuk menyerang balas dan menjaga keamanan negara.
Memandangkan ianya merupakan permainan sosial, para pemain juga boleh bekerjasama bersama-sama dengan rakan-rakan mereka untuk menentang musuh, selain mana anda juga boleh menceroboh kawasan rakan-rakan anda untuk meluaskan jajahan negara anda.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
game keganasan nie…apa ler perang2, buat ler kawen2 ker best gak…hehe
part leh serang kawan2 ni best ..
best apa
Bila games ni start yer? xsbr nk men..
farmville dah lama berhenti setelah berbulan-bulan menanam,
mafia wars pun dah lama berhenti setelah penat bertarung,
cityville dalam proses berhenti setelah berjaya membangunkan bandar,
dan sekarang tengah membina negara dalam empires and allies..
hehe~~
jom fight in empires & allies!!!hahahaah…sape ase hbt,jom fight nga sye..huhu