29Jul

10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 28 Julai

Google

Salah satu enjin carian yang paling digunakan secara meluas oleh para pengguna Malaysia adalah Google. Dan dengan itu, bermula daripada minggu ini, kami akan membawakan 10 carian terhangat yang dilakukan melalui Google Malaysia setiap minggu.

Berikut merupakan 10 carian terhangat yang dilakukan oleh para pengguna tempatan melalui Google Malaysia sepanjang daripada 22 Julai sehingga 28 Julai, iaitu sehingga semalam:

Dr Lo Lo

Pada 17 Julai yang lepas, ahli Parlimen bahagian Titiwangsa telah pun meninggal dunia disebabkan oleh kanser. Selain pada Google, ianya juga turut sama telah mendapat liputan luas di Twitter dan beberapa laman sosial yang lain.

Gregor Mendel

Mungkin carian ini dilakukan secara tidak langsung oleh para pengguna Google Malaysia, dimana sebelum ini, Google telah mengantikan doodle pada halaman utama Google Malaysia, bersempena dengan menyambut ulang-tahun ke-189 kepada “Bapa Genetik” itu.

Amy Winehouse

Artis muda yang ditemui mati di dalam apartment di London pada 24 Julai lepas sememangnya telah menjadi antara perbualan hangat, selain ramai yang turut sama melakukan carian untuk mengenali siapakah itu Amy Winehouse.

Singapore vs Malaysia

Selain daripada sokongan di stadium dan ketika permainan berlaku, penyokong tempatan juga turut sama menyokong Harimau Malaya melalui atas talian, di Google, Twitter dan sebagainya, bersempena dengan pusingan kelayakkan ke Piala Dunia FIFA 2014. Malaysia tewas dengan agregat 6-4.

Malaysia vs Chelsea

Selain daripada perlawanan kelayakkan ke Piala Dunia, Malaysia juga telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama-sama dengan Chelsea pada 21 Julai yang lepas. Permainan itu ditamatkan dengan gol kontroversi 1-0, dengan kemenangan di pihak Chelsea.

Norway

Google juga turut sama digunakan oleh para pengguna tempatan dalam mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian yang dilakukan di Norway, dimana dua serangan telah berlaku, mengakibatkan lebih 90 nyawa diragut.

Juvana Episod Akhir


Juvana, iaitu salah satu drama popular telah pun berakhir pada 18 Julai yang lepas, dan bagi yang tidak ingin terlepas, menggunakan Google sepenuhnya dalam mencari episod terakhir itu secara atas talian.

Hanna

Salah satu filem menarik, yang mana mengisahkan mengenai seorang gadis berumur 16 tahun yang dididik oleh ayah beliau untuk menjadi salah seorang pembunuh. Ianya mula dimainkan di panggung seluruh dunia bermula 21 Julai.

Rebecca Black

Setelah popular dengan video lagu Friday sebelum ini yang menerima lebih daripada 160 juta tontonan secara atas talian, kini penyanyi tersebut turut mengeluarkan lagu baru yang bertajuk “My Moment”.

Captain America


Salah satu filem yang dinantikan oleh para peminat Marvel dan cerita bergenre akan super-hero. Captain America memulakan tayangan di Malaysia bermula daripada 28 Julai, iaitu semalam.


Hantar Emel Pada GMail Dengan SMTP Server Anda
Google Bakal Memperlihatkan Chrome OS Esok
Kemaskini Google TV Bakal Diperlihatkan Pada Google I/O?
Google Memperkenalkan People Widget Pada GMail
Ice Cream Sandwich Kini Pada 2.9% Peranti Android Seluruh Dunia

23 Komen

  1. jimmy pada 29 Jul 2011

    nice fact!

  2. Sham Hardy pada 29 Jul 2011

    ini mesti safe search ni, kalau takde filter memang… ehem…. ehemm..

  3. Wan Perlis pada 29 Jul 2011

    juvana dan malaysia rock

  4. razis pada 29 Jul 2011

    juvana mengatasi captain america. wowww

  5. matjoe pada 29 Jul 2011

    fakta menarik. Hanna tak besh, buang duit je

  6. bobo pada 29 Jul 2011

    +1

  7. Janjang pada 29 Jul 2011

    dapat macam ni tiap2 bulan best gak ni.

  8. ekspresiruang pada 29 Jul 2011

    mmg smo ni event penting dlm bulan Julai ni

  9. Rajni pada 29 Jul 2011

    Macam mana nak search top rising search ni?

  10. mijie pada 29 Jul 2011

    daripada 10 yg disebut di atas hanya yang pertama sahaja aku buat carian guna google

    • sharul pada 29 Jul 2011

      aku dpt berita kt twitter je. pas tu baca kt google reader tulisan Dr. Asri berkenaan Dr. Lo’ Lo’

  11. fauzifatah pada 29 Jul 2011

    hanna bagi aku.. boring. :

  12. IzhamHasan pada 29 Jul 2011

    Hanna tu awal bln 6 dulu aku download da dpt R5 da,bosan gile,aku bajet mcm cite SALT tp hampeh haram tak best,ramai gak org tertipu dgn movie tu haha

    • matjoe pada 29 Jul 2011

      same here, budget full of unexpected twist macam Salt tapi, bila tengok macam haremmmmm

  13. muhammad fakhruddin pada 29 Jul 2011

    Barulah orang Malaysia nak kenal siapa Gregor Mendel yang disebut dalam buku teks bio…

  14. haha pada 29 Jul 2011

    cek dkt mana? nk jugak trry

  15. E.K pada 29 Jul 2011

    Google Insight.
    Semua org boleh pakai.

  16. ash kutcher pada 30 Jul 2011

    err dh tgk hanna tu sebelom tayang kt malaysia lagi. cite tu x bape besh pade pandangan mate aku la..

  17. syafieq pada 30 Jul 2011

    juvana je yg aku search…

  18. din je pada 30 Jul 2011

    oleh sbb artikel ni, br ak search psal rebecca black

  19. Orang Akaun pada 01 Aug 2011

    hanna is awesome


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader