17Jul

1Tube.my Kini Mula Membuang Video Berhak-Cipta

Web 2.0

Ianya tidak dapat dipastikan sepenuhnya buat masa ini, namun beberapa video yang menjadi milik kepada Astro yang dimuat-naik pada laman 1Tube sebelum ini kini kelihatan tidak lagi terdapat padanya. Berkemungkinan ianya diminta untuk dibuang oleh pihak Astro disebabkan oleh penggunaan kandungan berhak cipta. Mungkin juga beberapa video milik yang lain turut sama dibuang oleh pihak 1Tube.

Sebelum ini, 1Tube.my turut sama memuatkan video-video daripada Maharaja Lawak yang menjadi milik penuh Astro. Beberapa minggu sebelum ini, Astro telah meminta beberapa video Maharaja Lawak pada YouTube untuk dibuang, namun pada ketika itu, masih terdapat di laman 1Tube.my. Namun kini ianya kelihatan video-video Maharaja Lawak pada laman 1Tube.my sudah tiada lagi.

Walaubagaimanapun perkara ini tidak dapat disahkan bersama pembangunnya buat masa ini.


Twitter Memperkenalkan Peringkas URL Automatik
Lebih Maklumat Berkaitan Facebook Music Diketahui
Pengguna Malaysia Pengguna Rangkaian Sosial Ketiga Teraktif Di Dunia
Infografik : Laman Sosial Facebook Dan Google+
Pendaftaran Domain .my Dalam Tulisan Jawi, Cina Dan Tamil Dibuka Kepada Pelanggan Sedia Ada

3 Komen

  1. ekspresiruang pada 17 Jul 2011

    perlu lebih berhati2 dlm memuatnaik video2 berhakcipta slps ni

  2. Fazreen pada 17 Jul 2011

    Silap haribulan makan pasir nk kena bayar saman..

    • Pisyek pada 17 Jul 2011

      makin angin lebih baik. percuma je kot. pasir masih kena beli. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader