21Jul

2.4% Daripada Trafik Di Malaysia Adalah Melalui Peranti Mudah-Alih

Lain-lain

Jikalau sebelum ini melalui ThinkMobile Kuala Lumpur, pelbagai data-data menarik berkaitan telefon pintar telah dikongsikan, hari ini comScore berkongsi akan data berkenaan pelayaran internet, dan peranti apakah yang paling aktif digunakan dan dari peranti manakah yang trafik datang dari Malaysia.

Melalui laporan yang dikeluarkan comScore, ianya kelihatan yang mana hampir 96.4% trafik masih hadir daripada komputer (termasuk PC dan juga notebook). Namun begitu, menariknya adalah trafik daripada peranti-peranti mudah-alih yang lain yang meningkat dari hari ke hari.

Ianya kelihatan yang mana hampir 24% trafik hadirnya daripada peranti telefon mudah-alih, termasuk 1.1% trafik yang hadirnya daripada tablet. Perkara ini sekaligus memperlihatkan penggunaan tablet di Malaysia dan juga telefon mudah-alih turut sama meningkat dari hari ke hari.

Mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat perubahan yang besar pada angka ini dengan lebih banyak peranti mudah-alih yang memasuki pasaran Malaysia sekarang ini.


WordCamp Malaysia Bakal Di Adakan Tahun Ini
Jalenas Bakal Melancarkan Omni Tidak Lama Lagi
Dell Malaysia Bakal Menjenamakan Semula Halaman Facebook Mereka
Ingin Meletakkan Kenderaan? Kini Ada Aplikasi Untuknya
DiGi WWWOW Awards Kembali Untuk Tahun 2012

4 Komen

  1. sejukstudio pada 21 Jul 2011

    trafik dr tablet mesti naik pasni. ramai mula pakai.

  2. phoenixstudio pada 21 Jul 2011

    Ni tgh gne tab ni..hehehe

  3. Ahmad Fikrizaman pada 21 Jul 2011

    ni apa semua blogger UTM komen kat entri ni.. haizz.. Pengalaman guna mobile device tak sama macam komputer..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader