Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Google telah mengadakan salah satu acara khas di Kuala Lumpur, iaitu Think Mobile Kuala Lumpur, dimana melaluinya, pelbagai perkara menarik berkaitan dunia mudah-alih dan penggunaannya oleh para pengguna tempatan telah dikongsikan bersama-sama para hadirinnya.

Seperti sedia maklum, telefon dan peranti mudah-alih kini telah menjadi amat popular, dimana terdapat lebih daripada bilangan manusia seluruh dunia. Ianya turut diperkatakan yang mana di Malaysia, ianya mempunyai pengguna telefon pintar yang menggunakannya paling lama berbanding negara Asia yang lain. Di Malaysia, lebih 52% pengguna telah menggunakan telefon pintar lebih daripada 1 tahun.

Pada masa yang sama, ianya diperkatakan yang mana 3 daripada 4 pengguna menggunakan pelayar web pada telefon pintar mereka untuk melayari web, serta 66% pengguna telefon pintar menggunakan fungsi carian terus melaluinya.

Ianya turut dilaporkan yang mana 2 daripada 3 rakyat Malaysia menikmati akses kepada rangkaian sosial terus melalui peranti mudah-alih mereka. Dengan penambahan para pengguna telefon pintar dari hari ke hari, Malaysia dijangka akan menjadi negara yang utama menggunakan peranti pintar untuk akses sosial, carian dan juga menonton video.


Kamera dan rakaman gambar oleh Saudara Asri Symbianku.com
2 Komen
Tinggalkan Komen Anda
zaman dah semakin canggih…..
Itulah pentingnya memasang dan mempamerkan QR Code, seboleh-bolehnya untuk etip laman, msing-masing.
Walauapapun, yang bestnya melawat laman ini ada ikon “rewards’ yang diapungkan pada bahagian kiri. Terima kasih kepada pemilik laman ini kerana menyediakannya untuk semua pelawat. Bukan sahaja kerana kecanggihannya! tapi ianya juga boleh dikatakan sebagai “Berbaloi-Melawat”. Disudahi dengan ucapan Selamat Maju & Berjaya untuk semua warga internet!