Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada mengumumkan yang mana bilangan blog berdaftar pada WordPress.com telah melangkaui angka 50 juta, Matt Mullenweg turut sama mengumumkan yang mana mereka menerima secara purata hampir 35,000 pendaftaran baru setiap hari untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
Namun begitu, amat mendukacitakan, dimana hampir 85% daripada pendaftar baru itu, berhenti untuk menulis dalam tempoh 30 hari sejak mendaftarkan blog mereka. Untuk mengatasi perkara tersebut, pembangun WordPress sedang mencuba beberapa perkara.
Pada masa yang sama, Matt turut mengatakan yang mana berkemungkinan mereka tidak mengetahui yang mana mereka sedang mendaftarkan diri untuk blog dan sebagainya. Matt turut mengatakan yang mana mereka bakal memperkenalkan beberapa perubahan pada laman WordPress.com tidak lama lagi, serta turut menyertakan beberapa elemen sosial padanya.
Melalui Alexa, WordPress.com menduduki tangga ke-12 dalam laman yang paling kerap dilawati oleh pengguna tempatan, serta memperlihatkan yang mana ianya turut menjadi pilihan popular selain Blogger untuk menulis blog.
Kamera Oleh @mburpee
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Hem.. kalau diorang bagi user boleh install plugin, mesti ramai yg guna wp.com.
Tapi biasenya yg guna platform percuma ni jenis yg x serius. Nak test market je.
Hem.. apa nama plugin utk Tweet ngan FB Like macam kat bawah post tu ek…
tu tak pakai plugin.. just script.. tuto boleh dapat dalam my blog..
Okeh.. tenkiu.
Memang orang akan berhenti sebab tak fleksibel wp.com ni.. ataupun mungkin lepas guna wp.com tu trus buat self-hosted sendiri lepas 30 hari..
+1
+1
+1
+1
WordPress.org lagi syok kan..
yg berhenti maybe tak ada sebab yg kukuh kenapa dia bermula
+1
+1
=1
eh, +1.
dah free platform, biasaklah