25Jul

Adobe Bakal Menamatkan Adobe AIR Marketplace Pada 31 Ogos

Perisian, Web 2.0

Mungkin ramai yang tidak pernah mengetahui mengenai Adobe AIR Marketplace, yang mana membolehkan para pengguna memuat-turun pelbagai aplikasi AIR dengan mudah. Kini, ianya amat mendukacitakan, memandangkan Adobe telah mengumumkan yang mana mereka bakal menamatkan Adobe AIR Marketplace pada 31 Ogos 2011 kelak.

Adobe AIR Marketplace sebelum ini merupakan salah satu pusat yang mana mengumpulkan pelbagai aplikasi AIR yang dibangunkan, termasuk pelbagai aplikasi popular, termasuk TweetDeck, Meebo dan sebagainya. Ianya membolehkan anda menambah aplikasi berasaskan web kepada desktop dengan mudah, selagi mana anda ada memasang Adobe AIR pada desktop.

Selain daripada penutupan Adobe AIR Marketplace, Adobe turut sama menamatkan Adobe InMarket, dan meminta para pembangun untuk memuat-naik aplikasi mereka pada beberapa kedai aplikasi lain, seperti Intel AppUp, Apple AppStore, Android Market, dan yang lain-lain.


Berita Teknologi Malaysia Sepanjang 2008
Firefox.Next Membawakan Panel Pengurusan Add-On
Oh! Media Bakal Melancarkan Blog Memfokuskan Apple
Astro Bakal Memperlihatkan Byond IPTV
FourSquare Versi Web Mula Menggunakan Data Dari OpenStreetMap

4 Komen

  1. Farid Zenon pada 25 Jul 2011

    Damn! TweetDeck cross platform kawan, kenapa? tiba-tiba sahaja? banyak lagi aplikasi Adobe Air yang cross platform, pelik.

    • Aman pada 25 Jul 2011

      aplikasi dia boleh jer guna. dia still support Adobe AIR. Just tutup marketplace jer.

  2. KawanGeek pada 25 Jul 2011

    Marketplace AIR mcm xberkembang je. xpelah tutup. save skit bajet sbb xperlu manage.

  3. Fairuz Sulaiman pada 26 Jul 2011

    Kerana tidak mendapat sebarang keuntungan maka Adobe lebih memadamkan je kut.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader