18Jul

Adobe Mengambil-Alih EchoSign

Perisian

Hari ini, Adobe telah menambah satu lagi portfolio baru dibawah mereka, dimana mereka secara rasminya telah mengambil-alih EchoSign, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu keluarga baru dibawah jenama Adobe Acrobat. Walaubagaimanapun, harga pembeliannya tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.

Bagi yang tidak kenal akan EchoSign, ianya merupakan salah satu penyedia perkhidmatan tanda-tangan elektronik berasaskan web, dan kini dengan pembelian oleh Adobe, teknologi tersebut akan diintegrasikan didalam Acrobat, dan membawakan pelbagai fungsi tambahan kepada para pengguna aplikasi dokumen PDF daripada Adobe itu.

Selain daripada itu juga, pelbagai perkara baru dalam dunia tanda tangan digital dan elektronik, serta dokumen dan kontrak berasaskan web juga dapat dimudahkan dengan adanya EchoSign pada Acrobat ini.

Mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat mendengar perkembangan Adobe Acrobat yang membawakan pelbagai perkara baru. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Firefox Membahagikan Plugin Mengikut Proses
Firefox 5 Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
Android Merupakan Platform Yang Diminati Di Asia Tenggara Termasuk Malaysia
Aplikasi Android Untuk Amanz Dilancarkan - Dapatkannya Hari Ini
Pelayar Web Google Chrome 20 Beta Kini Sedia Dimuat-Turun

3 Komen

  1. ekspresiruang pada 18 Jul 2011

    sama2 kita tgk apa feature terbaru Acrobat nnt.

  2. izwannizam pada 18 Jul 2011

    mudah bagi yg selalu emel dokumen rasmi..boleh masukkan tandatangan rasmi..cuma risiko penipuan bakal tinggi

  3. syafieq pada 18 Jul 2011

    cetakan komputer.tidak memerlukan tandatangan


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader