24Jul

Lebih Seribu Data Pengguna Advertlets Dilepaskan GaySec

Sekuriti

Seperti mana yang diperkatakan oleh pihak GaySec sebelum ini, kini ianya kelihatan yang mana mereka telah pun mengeluarkan pangkalan data pengguna Advertlets yang berjumlah sebanyak lebih daripada 1 ribu akaun pengguna dilepaskan, dan boleh dimuat-turun semua. Ianya dilaporkan yang mana GaySec mendapat pangkalan data pengguna Advertlets dalam masa kurang 10 minit sahaja.

advertlets.com digodam dan 1 ribu database dilepaskan, sila semak pada halaman utama gaysec.net, terima kasih :) less than a minute ago via TweetDeck Favorite Retweet Reply


Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak GaySec berkaitan perkara ini:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Harini ini, kami telah melibat banyak maklum balas di laman sosial twitter mengenai laporan berita laman web nuffnang yang telah kami lepaskan pada pukul 12:00 malam, 23 julai 2011. Dan kami perasan terdapat ramai ahli di twitter tweet mengenai advertlets supaya berubah kepada servis pengiklanan advertlets.com pula.

Tetapi, tahukah anda? bahawa laman sesawang advertlets juga mempunyai banyak kelemahan sehinggakan kami sendiri juga boleh memasuki ke dalam server/pelayan advertlets dan melakukan beberapa “ujian tahap keselamatan” terhadap pelayan dan laman sesawang advertlets, sehinggakan kami dapat mendapatkan sebanyak lebih 50,000 ribu alamat email, kata laluan dan beberapa lagi alamat peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat dan lain-lain.

Bercakap tentang “advertlets”, semalam kami ada terbaca tweet di twitter daripada advertlets sendiri menyatakan “nuffnang” telah digodam oleh kami, dan menyuruh ahli yang mendaftar di nuffnang.com.my supaya menukar kata laluan demi keselamatan.

Dan, ketika laporan ini ditulis, kami ada terbaca salah satu “wall post” daripada Advertlets tentang kejadian yang menimpa terhadap nuffnang semalam, dan pihak Advertlets menyatakan kumpulan Advertlets telah bangun daripada tidur pada pukul 4:39 pagi untuk memeriksa keadaan keselamatan laman sesawang Advertlets.com untuk memastikan data dan maklumat pengguna Advertlets selamat, tetapi tiada laporan yang “buruk” telah di temui oleh mereka. Sebab? kerana kami sedang tidur waktu itu, haha.

Status “wall post” daripada Advertlets:

https://www.facebook.com/advertlets/posts/10150246713351235

Tidak sampai 10 minit kami melakukan ujian keselamatan terhadap laman sesawang advertlets, kami telah dapat menjumpai kelemahan yang sangat senang dan mudah boleh dijumpai oleh seseoarang itu.

Ye, seperti biasa yang kami selalu katakan dan kami cuma akan berpegang pada satu perkataaan sahaja, iaitu “tiada sistem yang sebetul-betulnya selamat di dunia ini(no system is secure)”. Begitu juga dengan apa yang terjadi pada nuffnang dan juga advertlets. Motif kami tetap sama dan tidak akan pernah berubah walau sekali pun, iaitu untuk menegakkan dan membangunkan tahap keselamatan di sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini kepada sesuatu yang lebih baik. Kami mahu suatu hari nanti malaysia menjadi seperti negera lain yang mempunyai tahap keselamatan laman sesawang atau sesuatu sistem itu yang “terbaik”.

Tetapi, kami tetap percaya dengan prinsip kami, iaitu “tiada sistem yang betul-betul selamat di dunia ini”. Kami turut risaukan jika suatu hari nanti advertlets digodam atau dipergunakan oleh seseoarang untuk menyebarkan virus seperti di laman sosial facebook dan lain-lain, dengan hanya menggunakan “trafik” dan jumlah pelawat yang tinggi, seseorang itu boleh menapulasikan kelemahan itu untuk menyebarkan dan membuat perkara yang tidak baik dengan hanya menggunakan laman sesawang advertlets ini.

Seperti yang kami ingatkan, jangan la terlalu bermegah-megah dengan tahap keselamatan laman sesawang sendiri. Kerana tidak mungkin ada sistem di dunia ini yang dicipta oleh manusia adalah sempurna dan ramai lagi manusia di dunia ini jauh lagi hebat daripada kita, Allah sahaja yang mampu menjadikan sesuatu benda itu sempurna :) .

Oh ya, sebelum terlupa, kami hanya akan melepaskan sebanyak 1 ribu sahaja daripada database adverlets yang kami dapat di atas sebab keselamatan dan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Muat turun database advertlets: http://www.gaysec.net/download/advertlets_1000.rar


Samsung Galaxy Tab Akan Mula Di Jual Tidak Lama Lagi
CyberSecurity : Hanya Tambah Rakan Yang Anda Kenal Di Facebook
Facebook Memperkenalkan Fungsi Log Masuk Dwi-Faktor
Halaman Pemandu.gov.my Turut Sama Digodam
Halaman Utama Laman FAM Digantikan Dengan Mesej Dari Tunisia

32 Komen

  1. Anzur Anuar pada 24 Jul 2011

    tudia!!

    • Obefiend pada 24 Jul 2011

      lepas ni jgn Innity pulak.. mampos aku

      • Pisyek pada 24 Jul 2011

        cash out cepat-cepat. hahaha. :D

  2. zik pada 24 Jul 2011

    banyak data jugak..tapi nuffnang lagi banyak.. huhu

    • emptyspace pada 24 Jul 2011

      die tunjuk seribu je, yg pasti gaysec dah dapat full database dump ma..

  3. ariff pada 24 Jul 2011

    Nasib baik acc aku tak kena..

    • gay pada 24 Jul 2011

      hang nak kena ka? hehehe

  4. captainLJ pada 24 Jul 2011

    pihak Advertlets mesti x percaya benda ni…
    bila baca status kat fb dorg..
    ada bunyi berlagak pun ada…

  5. Kalamhati pada 24 Jul 2011

    fuuh..

  6. KawanGeek pada 24 Jul 2011

    dapat khidmat periksa security free.. memang untung la Nuffnang dan advertlets. hehe

    • lol pada 24 Jul 2011

      dapat malu free , free2 hilang customers , free periksa sekuriti? klu tracks pun diclear.. camna?

  7. Chipcoklat pada 24 Jul 2011

    biar betik!.. ni chip kene check ni.. kene ke tak chip nye blog ni..

  8. syafieq pada 24 Jul 2011

    ter LOL sebentar…

    baca kat sini…
    https://www.facebook.com/advertlets/posts/247608521916741
    tengok komen Brian Yong…

    wahahahhaahhaah…apa lagi dia nak kata…

    • eyra pada 25 Jul 2011

      aku dah komen kat advertlets masa diorg kena ahcked. pastu komen aku kena delete hak3

  9. ahfat pada 24 Jul 2011

    good job !

  10. Bro Framestone pada 24 Jul 2011

    he…23x no komen beb…

    anyway sebab sudi respon komen bro semalam…

    mahu tidur.. sebab rasa malam nie xberat sangat.. dorang boleh recovery sepanjang malam nie. Bro ada pun, cam la bro nie membantu sangat

  11. zul pada 24 Jul 2011

    amanz..dah xboleh download la..

    • funzool pada 24 Jul 2011

      boleh je aku download..

      • zul pada 26 Jul 2011

        ok2..boleh..xtau pasal pe ari 2 xboleh..hehe
        sory

  12. Scromix pada 24 Jul 2011

    pasni innity plak laa haha

  13. Pisyek pada 24 Jul 2011

    “Sebab? kerana kami sedang tidur waktu itu, haha.”

    hahahaha. siyes lawak. hehehe. :D

  14. Wan pada 24 Jul 2011

    amanz kasi emel gaysec

  15. Izzat Aziz pada 24 Jul 2011

    dunia dah tak selamat.

  16. Farid Zenon pada 24 Jul 2011

    Jangan pakai guna password sama untuk semua web site.
    Advertlets menggunakan platform wordpress WordPress 3.1.3 dan system simpanan data dalam bentuk Md5.
    Format Md5 paling mudah nak decode.. Aku sedang decode 20 akaun yang dilepaskan.
    solusi: tukar password dan jangan guna Advertlets, aku jamin kau tidak akan dibayar.

  17. Zul's Stuff pada 24 Jul 2011

    there is no system in the world is safe…

  18. Khairul Anuar pada 24 Jul 2011

    Web gaysec x leh nak bukak dah?

  19. menj pada 24 Jul 2011

    Gaysec dah kena block oleh SKMM ke?

  20. Denim pada 25 Jul 2011

    aku rasa Gaysec ni kalau nak membantu website2 di malaysia pun, tak perlulah sampai nak tunjukkan semua database kepada dunia umum. kalau dedah database sesuatu organisasi pun dah teruk menjahanamkan dah

  21. boy pada 09 Jan 2012

    Tapi Denim, kalau ckp tak de bukti, Sape nak percaya… Mesti ada buktikan..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Kenyataan Rasmi @Advertlets Telah Dikeluarkan Setelah Dicerobohi Oleh #Gaysec | Twit 'N' View

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader