04Jul

Akaun Jenama Pada Twitter Kini Boleh Menerima DM Walaupun Tidak Mengikuti Seseorang Pengguna

Web 2.0

Setelah hanya membolehkan pengguna yang saling mengikuti sahaja menghantar dan menerima Direct Message antara satu sama lain, kini Twitter mengemaskini perkara tersebut, dimana kini para pengguna boleh menghantar kepada akaun Twitter yang disahkan (Verified Accounts) tanpa perlu pemilik akaun tersebut mengikut anda.

Perkara ini sekaligus membolehkan pemilik akaun yang disahkan, yang mana selalunya merupakan selebriti ataupun jenama terkemuka, untuk menerima mesej daripada peminat dan pengguna mereka dengan mudah, dan pada masa yang sama membolehkan mereka mendekati pengguna mereka.

Walaubagaimanapun, mereka yang tidak berminat, masih boleh mematikan fungsi ini melalui halaman tetapan Twitter.

Now,Twitter verified accounts {Brands} can let followers Direct Message without following back.less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


Tumblr Memperkenalkan Fungsi Komen
Adobe Flash 11 Akan Menyokong Penuh 3D
McAfee Turut Menyertai Senarai Penyedia Pemendek URL
HotFM Mendapatkan Kembali Akses Ke Halaman Facebook Mereka
Firefox Nightly Kini Mengintegrasikan Sokongan Kemaskini Automatik

3 Komen

  1. Twit N View pada 04 Jul 2011

    brand antarabangsa jer ker?
    nampaknya brand2 tempatan boleh ler rekues hak ini sama,
    cth maybank, cimb dan tm
    senang skit pengguna nak maki hamun secara DM…haha

  2. Wan Perlis pada 04 Jul 2011

    haha aku setuju komen di atas


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader