Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin sepanjang minggu lepas, ramai pembaca laman Amanz perasan akan sebuah butang khas dibahagian kiri laman yang tertulis Rewards. Dan melalui artikel ringkas ini, kami mungkin akan membalas beberapa pertanyaan yang ditanya oleh para pengguna berkenaan dengannya.

Secara ringkasnya, ianya merupakan salah satu cara Amanz memberi ganjaran kepada para pembaca, disamping pada masa yang sama menarik lagi para pembaca baru ke Amanz. Untuk mula menggunakannya, para pengguna hanya memerlukan akaun Facebook, dan anda sudah boleh mengumpulkan mata ganjaran untuk ditukarkan kepada pelbagai barangan dan hadiah menarik.
Para pembaca boleh mengumpulkan mata ganjaran setiap hari dengan beberapa cara, termasuk mengunjungi laman Amanz, meninggalkan komen pada artikel, menekan butang Like pada artikel, Tweet akan entri di Amanz, dan juga menekan butang +1 pada entri. Namun begitu, sebelum membuatnya pastikan anda telah menghubungkan akaun anda bersama-sama butang Rewards tersebut.
Berkenaan dengan ganjaran, kami kini dalam proses perbincangan bersama-sama dengan pelbagai pihak, dan dalam hari-hari akan datang, kami akan mengumumkan pelbagai ganjaran dan hadiah untuk pengguna melalui #AmanzRewards.
Update 22/08/11 == Senarai penaja #AmanzRewards
Terma Penebusan: Setiap kali barangan ditebus, pembaca akan menerima email pengesahan. Pihak kami juga akan menghubungi anda untuk tujuan penebusan. Bagi barangan yang melibatkan pengeposan, pengeposan akan dilakukan pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Dengan kata lain, sekiranya anda menebus barangan Blackberry pada 5 September, barangan tersebut akan diposkan pada 15 September. Dan sekiranya anda menebus barangan pada 18 September, pengeposan akan dilakukan pada 1 Oktober. Tertakluk juga kepada cuti mingguan dan hari bekerja.
Sekiranya para pembaca masih mempunyai soalan lanjut berkenaan dengannya, boleh hantarkan emel kepada ask[at]amanz[dot]my dan boleh ajukan dikotak komen dibawah, dan kami akan membalasnya. Terima kasih sekali lagi kerana menyokong Amanz.
123 Komen
Tinggalkan Komen Anda
fewitt! macam bonuslink pulak.
pergh…. nice idea…!
rasa macam kad mesra petronas pon ade…
kad jusco pon ade… haaa senang cite mcm kedai2 besar sekarang la..cumanya ini x perlukan duit untuk membeli itu ini… kan kan
hehehhe
bagus2…
Macam Kad Smiles Esso Mobile pun ada
boleh redeem dgn ipad2?
Nie alasan kukuh = “Dengan lebih banyak ura-ura berkaitan dengan iPad 2+, iPad HD dan iPad 3, maka iPad 2 dibatalkan.” Hehe.
dah berhari2 lobi pun tak lepas…hik
simpan point redeem ipad next gen
tak leh terima alasan tu..haha
hahaa.alahhhh mannn
+1
nak redeem ngan macbook pro baru la nanti
haha, nice jugak redeem macbook pro
setiap minit setiap saat aku akan ke sini… cari reward.. huhuhu
FB, tweet & +1 tu kena gunakan email yang sama ke?
mau earn jugak la mcm nih..
Komen Gune hp xleh dpt reward ke?
kalo tak FB Connect ngan app tu tak dapat reward
boleh redeem amanz.my tak
akhirnya ada pun peneranga seperti yang di request…
inisiatif lain dr yang lain..bravo!=)
menarik2..
nak tshirt eksklusif 1, oh…harap-harap ade saiz aku XS haha
aku pun nak juga t-shirt. buat comel-comel ye. hahaha
tahniah aman. nasib baik aku ni tak rajin je. kalau tak memang dah lama dah aku kejar hadiah tu. hahaha.
+++1
sehari komen 2 entri pun tetap dapat 100 jugak kan, sebab aku nengok aku punya ni tak gerak2..haha
sehari sekali jer untuk setiap aktiviti.
la..igtkan setiap kali komen dpt redeem.. baru nk spam byk2
wauuuuu…. nh yg best nh… like, +1
perghhh..serius mcm bonuslink ataupun jusco card member.. heheh
bro,aku buat kat blog aku tak jadi la untuk tweet, +1 dan lain2.kenapa ekk?
buat kat blog hang? maksudnya?
aku buat rewards macam kat blog ko jugak.tapi bila tweet ke, +1 ke, dia tak bagi point untuk point tu.yang boleh buat untuk dapatkan point tu cuma dengan like dan komen je…
mungkin setakat ni die support fb je kut hehe
mcm ni baru la rajin nk komen..hehehe…
nape +1 btn aku mcm x bfungsi je? adakah x synchronize dgn Rewards btn tu?
nak sponsor hadiah bole?
boleh. emailkan kepada ceo[at]amanz[dot]my
allright. esok aku emelkan.
kalau user yg takde facebook takleh la ye.
mari kumpul
Impressive! Good effort to attract more fans.
Terbaik lah benda ni!
kalau ko letak duit sebagai rewards..beribu-ribu orang join amanz reward ni. hehe..
titan orang pertama join.hehe
+1 masuk sekali x??
tp akaun fb ngan +1 lain2…
masuk jer. janji time tekan +1 tue, dah login Facebook hang.
facebook account yahoo..
+1 account google…
tak masuk la aman..
arrr. baru 300
Cayalah. Dan aku pun dah jadi ahli reward amanz ni. Fanpage dah lama jadi, sblm ada rewards ni.
buat kad macam bonuslink atau mesrakad la hehe..
amanzkad canggih.. link dengan visa lak tu.. perh.. baru la leh pakai NFC hahaha..
bru aku perasan, selepas je Aman Firdaus n the gang wat camni, butang +1 tuh cepat cepat je naik.. komen tuh bnyk pulak.. hoho
good luck amanz. moga semua leh kongsi manfaat.
mcm ne nak tengok point tu ha???…
okok dah tau dah.. ranking aku dah jatuh ke nomo 65.. adehh
Warghh..terbaik.. tak sia2 datang sini.
tgh kumpul2 mata..hehe
terbaekla bro amanz.. slama ni xde plak kluar ape2 bila klik rewards tu..
hahahahaha, terbaek dowh !!
hulamak..aman. hadiah nya yg nmpak cam tshirtt je.hmm
click dekat catalog dan tengoklah apa yg dapat dilihat hihi. barang2 kat catalog berubah dari semasa ke semasa
hohohoh
aman kena sediakan byk adiah baru bes….mcm pendrive,usb fan,cooler dan lain2…
nak t shirt..hehe..
bila la nk banyak reward aku nie..
kacak sungguh orang yang tengah leading tu hahahaha
bila tahun boleh redeem ntah la
taun depan da boleh redeem la 2…
bagus pe amanz wat
“You need 49600 more pts”.. byk tu..
memang terbaik.. baru rasa berbaloi sume komen aku yang lama.. tapi masalahnya komen lama takleh la nak redeem huhu
hehe yg tu susah la. :p
Tak sabar nak menunggu hadiah yang boleh diredeem tu nanti…
bagus la ada point ni..
tapi takut nanti tak ikhlas je orang mengomen, mem+1 dll.
Tak sabar nak tebus hadiah !!!
peghh. bila la boleh redeem t-shirt ni. haha
menarik! <3
terbaik!
best2..
terbaek la…lps ni tiap2 hari msk cni..
makin byk la komen utk artikel… hehe…
bagus , salah satu cara menghargai pembaca…
hahaha. cam ne lah nak naik points nihhh
reward2
real rewards ni.. bagus.. bagus.. menarik..
Ini sudah terbaek Amanz!
Bagi hadiah pendrive sudah..hahaha..
takde badge taknak join..
aku xnampak pun button tu…mana dia…nak gak…hehe
amanz sportin
ni yg x sabar nk terjah lg ni…nk tnya, komen 2 dpt point kt mana2 n3 jer ker? pastu.. +1 ni utk per sebenarnyer… hehee… sori saya budak baru belajar…
Kadang-kadang terpikir jugak, adakah semua post dalam amanz.my ni diorang share @ retweet @ +1 atas sebab betul-betul nak share atau sebab nak kejar hadiah. Hmm…
tak salah kalau kejar hadiah kan?
update katalog dengan hadiah2 menarik plz
Rank 75 so far. haha jaoh ketinggalan
oooooh. baru pahamm..join siap
kasi barang reward rare2 r amanz hehe
terbaik r.. hehehe.. lpas ni tggu hadiah plak
aman.. nape..bila tekan button langgan rss feed.. dia terus display cording xml.. xberfungsi ke..
ooo. hang kena copy URL, pakai client RSS kegemaran hang, cam Google Reader ke, ape ke.
man kumpul lagi banyak2 hadiah best2…. user pun dah makin ramai ni…
macamana nak cek markah terkumpul yer
terbaiklaaaaaa!
berita baik..!!
Menarik gak ni, baru join dah dpt 200 point, memang ramai yang akan melekat di Amanz kerana reward yang semakin menarik.
saya nak redeem “Makan malam bersama Retis Amanz”. Boleh tak? haha.
I am so impressed with this idea!!! I have been wondering apa org tweet2 pasal rewards and ape button merah kat sini.. so now i know! What a great idea guys to pull more readers. Thumbs up and keep the good stuff coming!!!!
Punya siukkk !!
rugi kalu tak redeem hadiah ni. hehe
first time jumpa macam ni . huhuuu .. kena rajin singgah aje blog ni .. hiks
Pergh..ni best ni
memang amanz pandai!
wow!
terbaiklah.. ramai yang sponsor.. mesti ramai jugak yang join..
besh!
ble apple nk sponsor plk? mst lg ramay joyn…hehehe ;p
Terbaik
terbaik la
ramainya penaja…nak mencuba jugakla…sedang berusha nak menambahkan point….
bestnya berblogging
feewit!! terbaik la…
Terbaik!!
kalo leh bgilah reward cam Xperia active….!!!1 haha ILOVE AMANZ.MY!!!!!!
cantek la..bru maju…haha
Ni yang semangat nak komen2 ni :p hahaha..
Ini yang seronok nie…