Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah menambah WeddingKami dalam senarai penaja untuk AmanzRewards, kini ianya turut disertai oleh Comics Directory, dimana khas untuk pembaca Amanz yang meminati komik-komik dari Jepun, anda boleh menikmati keahlian eksklusif daripada Comics Directory, iaitu salah satu gedung komik atas talian yang pertama di Malaysia, yang menjual komik-komik terkemuka khas untuk pengemar dan peminat tempatan.

Gedung atas talian daripada Comics Directory ini baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini, yang mana selain daripada pelbagai komik dari syarikat Tora Aman dan sebagainya, mereka turut sama membawakan komik dan novel grafik antarabangsa, daripada Marvel Comics, Dark House dan beberapa nama besar lagi. Buat masa ini, mereka mempunyai lebih daripada seratus judul komik untuk dipilih oleh para pengunjung mereka.
Dan, khas untuk AmanzRewards, pihak Comics Directory menawarkan keahlian eksklusif, dimana melaluinya, anda akan mendapat beberapa perkara, termasuk:

Bagi yang ingin menebus ganjaran tersebut, boleh klik pada butang Rewards disebelah kiri laman, dan seterusnya memilih Katalog dan menebus ganjaran Keahlian Eksklusif daripada Comics Directory. Anda turut sama boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Comics Directory dengan melawat laman rasmi mereka, atau menyertai halaman Facebook mereka.
32 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dia tak da kedai ke atau memang khusus jual melalui online?
Semakin rancak amanz.my…tapi aku tertarik dengan Tora Aman..teringat zaman kanak-kanak
Jika kita register sebagai ahli ini, dapat discount Amanz?
terima kasih. walaupun ni post pasal penaja, aku baru je order semua komik Naruto. Terima kasih kongsi link. hehe.
penaja dah masuk, bagus ler camni utk amanz.my dan juga penaja..
semoga byk sykt2 besar berani menaja lebih lagi utk amanz.my…
maxis? p1? digi?….
wah. da ada penaja komik. tak sabar nak tengok banyak lagi penaja masuk.
eh kenapa takde banner bersama @amanfirdaus? ada obefiend punya banner je..
sebab @obefiend tue kolumnis. @amanfirdaus tue dia tulis semua berita. kira @obefiend eksklusif. hoho.
Kau pun silap aman.
Mamat pelawak sebenarnya
Interesting!..=)
Semakin banyak penaja lepas ni. Harap-harap lepas ni reward utk pelawat tegar Amanz.my berupa sa-buah motokar pula. Apa macam bos?
kena mintak proton ni hehe
mutiara naga….?
besh2.
dah like facebook dorang
blog biasa2 …makcik2 ceruk dapur leh taja tak aman
tajak periuk belangga ke..hihi
amanz semakin mantap! go go!
teringat zaman kanak2.. selalu beli comics house punya komik.. budak getah, mutiara naga.. haha..
cool man
wow…. Ini menarik ni.
Semakin banyak sponser, semakin banyak hadiah. Yay!
waaa…makin rancak aku membaca amanz.my
hoyeh!
terbaik..mcam mana nk dapatkan semua baucer dan diskaun tu.. nk daftar ni..:)
tak sabar benor nak redeem ni .. haha
makin menarik tajaan reward nya.
Wah.. menarik. Agak2 Mutiara Naga diorang ada stok tak? XD
Very Interesting !!
Tahniah Amanz..makin berbisa sekarang ni
emmmm bes gak komik nih….
great … terus maju…
wa best2
aku peminat kartun SAkura……
erm..saya tak minat sgt komik2 ni..
penaja best jugak tu
wah.. komik!