13Jul

Google Memperkenalkan Kemaskini Untuk Android Market

Google

Kini, Google sekali lagi mula memperkenalkan perubahan pada Android Market, dimana mereka memperkenalkan versi baru Android Market kepada para pengguna Android 2.2 dan terkini, membawakan perubahan dari segi antaramuka, rekabentuk dan juga prestasinya, serta menyertakan beberapa tab yang baru padanya.

Melalui versi baru Android Market ini juga, ianya didatangkan dengan tab Books, membolehkan para pengguna memuat-turun dan membaca buku-buku digital terus melalui peranti Android mereka. Selain itu ianya turut menambah kategori Movies, membolehkan para pengguna untuk memuat-turun filem-filem terkini terus melalui peranti Android mereka, dan menikmatinya dengan mudah. Namun begitu, Books dan Movies ini hanya disokong untuk para pengguna Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Google dijangka akan memperkenalkan Android Market ini kepada semua pengguna Android 2.2 dan ke atas dalam beberapa minggu akan datang.


YouTube Memburukkan Video Yang Di Embed
YouTube Memperkenalkan Penggunaan URL Pendek
Google Music Beta Memperkenalkan Fungsi Jemputan
Google Menguji Rekabentuk Bar Bahagian Atas Yang Serba Baru - Memfokuskan Carian
Google Mengintegrasikan YouTube Pada Laman Sosial Google+

7 Komen

  1. Chipcoklat pada 13 Jul 2011

    Andriod sekarang dah makin maju.. sekarng ni dah ade aplikasi untuk blogger.. boleh update blog guna android jek..

  2. KawanGeek pada 13 Jul 2011

    Da update secara manual. memang best. ^_^

    • snazzybizarre pada 13 Jul 2011

      camne nak manual update bro ? ajaq skit…

      • KawanGeek pada 13 Jul 2011

        masuk blog aku..

        • snazzybizarre pada 13 Jul 2011

          da dpt bro… thanx bebanyak :D

  3. ibnmasir pada 13 Jul 2011

    paparan muka market dah makin cun! makin bes nk download apps/game nih..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Dapatkan Kemaskini Android Market Anda Secara Manual

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader