Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, dunia tawaran harian tempatan terus meriah, dan kini Groupon Malaysia telah pun mencapai sebuah perkara yang baru, dimana kini bilangan pengguna berdaftar pada perkhidmatan mereka telah pun melangkaui angka 500,000, dan pendaftaran baru masih kekal aktif, dan mungkin akan mencapai sasaran 1 juta pengguna tidak lama lagi.

Groupon Malaysia boleh diperkatakan membangun dengan mendadak sejak daripada pembeliannya oleh pihak Groupon. Sebelum ini, ianya dikenali sebagai Groupsmore, dan mencapai angka pengguna sebanyak 100,000 orang pada penghujung Mac yang lepas, setelah hampir 6 bulan beroperasi.
Kini, sejak daripada itu, Groupon Malaysia telah pun menambah lebih 400,000 orang pengguna dalam tempoh yang amat singkat, iaitu kurang 4 bulan, dan Groupon Malaysia masih mempunyai lebih 1 bulan lagi sebelum mencapai usia satu tahun.
Buat masa ini, selain daripada menawarkan diskaun harian di Lembah Klang dan Selangor, baru-baru ini, Groupon Malaysia turut sama telah memperluaskan perkhidmatan mereka ke Pulau Pinang, dan beberapa kawasan lain turut dijangka bakal diperkenalkan dengan Groupon tidak lama lagi.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Ini suda bagus….maklumla M’sia skang kan da nak ke negara maju…so maybe skang nie tiap 1 rumah da ade internet..so senangla kan..huhu..
total RM saved dah mencecah RM27 juta tu.
tak pernah lagi try beli kat mana2 web tawaran harian.. kena try jugak nnt nih..
sama lah..tak tau nak beli apa..
pernah beli sekali, beli 2 kupon utk aku dan wife g kelas deco cup cake…support minat wife..
hati-hati dengan terma & syarat ya.
lum pernah membeli belah..jap2 nak pergi intai
tak pernah juga , tk tahu nk beli apa …