17Jul

Aplikasi Harian Metro Dan NST Menyokong Perkongsian Ke Laman Sosial

Apple, Perisian

Setelah melancarkan aplikasi akhbar harian Harian Metro dan beberapa akhbar yang lain, kini aplikasi tersebut telah pun menerima kemaskini, membawakan beberapa penambahan baru, termasuk sokongan untuk berkongsi pada rangkaian sosial, terutamanya Facebook dengan mudah, terus daripada aplikasi akhbar digital itu.

Selain daripada itu, beberapa penambahan baru turut menyokong perkongsian melalui Twitter dan emel. Walaubagaimanapun, ujian kami ke atasnya gagal, mungkin disebabkan beberapa masalah teknikal. Selain daripada itu, ianya kini turut menyokong pemuatan-turun secara latar belakang, membolehkan anda mengakses aplikasi lain ketika sedang memuat-turun sesuatu isu yang baru.

Selain daripada aplikasi Harian Metro, aplikasi New Straits Times turut menerima kemaskini, namun tidak buat aplikasi Berita Harian. Para pengguna yang berminat boleh memuat-turunnya secara percuma melalui AppStore dan mula menggunakannya hari ini.


iPhone 3GS Lebih Pantas Daripada iPhone 3G
Ikuti Amanz Melalui Desktop Anda
Chrome Menghampiri Pegangan Pasaran Sebanyak 10%
Opera 11.10 Beta Bakal Dilancarkan Esok
Aplikasi Siri Dibandingkan dengan TellMe Dan Juga SpeakToIt

2 Komen

  1. ekspresiruang pada 17 Jul 2011

    MediaPrima skg mmg sgt menitikberatkan peranan internet dan mobile devices dalam menyalurkan maklumat mereka kepada org ramai.

  2. leena pada 29 Feb 2012

    bagus!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader