11Jul

Aplikasi Mudah-Alih WordPress Telah Dimuat-Turun Lebih 2.4 Juta Kali

Perisian, Sumber Terbuka

Selain beerkongsi statistik semasa berkaitan WordPress, Matt Mullenweg turut sama berkongsi akan statistik penggunaan aplikasi mudah-alih untuk mengemaskini blog WordPress. Menurut Matt, kini lebih daripada 2.4 juta pengguna telah memuat-turun dan menggunakan aplikasi WordPress mudah-alih.

Seperti sedia maklum, pihak pembangun WordPress sendiri menyediakan aplikasi WordPress untuk pelbagai platform termasuk iOS, Android, Symbian, BlackBerry dan juga Windows Phone 7. Ianya juga membawakan persekitaran WordPress menarik untuk skrin kecil, selain pada masa yang sama memudahkan pengguna untuk menyemak dan mengemaskini blog mereka dengan mudah dan pantas melalui peranti mudah-alih.


Matt Pada WordCamp [via]

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun aplikasi mudah-alih WordPress yang didatangkan untuk pelbagai platform, dan menggunakannya dalam mengemaskini dan menyemak blog masing-masing, samada pada WordPress.com mahupun pada pemasangan sendiri.


Nokia Akan Menyokong Symbian Sekurang-Kurangnya Sehingga 2016
Samsung Memperkenalkan ChatOn - Pesaing iMessage Dan BBM
Iris Versi Alpha Kini Boleh Didapati Melalui Android Market
Aplikasi MY-Traffic Memudahkan Para Pengguna Android Mengikuti Keadaan Lalu-Lintas
Malaysian Bill Watcher Membolehkan Anda Mengetahui Akta-Akta Terbaru Di Malaysia

2 Komen

  1. izwannizam pada 11 Jul 2011

    memang mudah nak update entri atau balas komen2 segera

  2. Chipcoklat pada 11 Jul 2011

    Hemm.. btul tu.. tp chip takde android.. hehehe.. kene la update ikut pc jek..hehehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader