Cari @ Amanz

Selain daripada Google dan Yahoo!, kini ianya dilaporkan yang mana Apple turut sama inginkan perkhidmatan penyedia video atas-talian popular, iaitu Hulu. Ianya diperkatakan yang mana Apple kini dalam perbincangan awal bersama-sama Hulu buat masa ini.

Hulu yang menyediakan pelbagai video dan langganan saluran televisyen terus melalui internet dan juga peranti mudah-alih itu kini dalam proses mencari pemilik baru, dan telah menemui beberapa syarikat gergasi, termasuk Google dan Yahoo!. Dan kini dengan penyertaan Apple bersamanya, ianya menjadikannya sesuatu yang menarik.

Sekiranya Apple membeli Hulu, berkemungkinan ianya akan diintegrasikan bersama-sama dengan Apple TV dan juga iTunes mereka. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat awal, dan tentunya duit bukan suatu masalah untuk Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd