20Jul

Apple Melancarkan MacBook Air Generasi Baru Dengan Thunderbolt

Apple

Sepertimana yang dinantikan, Apple telah pun melancarkan kemaskini untuk keluarga MacBook Air mereka, dengan membawakan cip pemprosesan yang baru iaitu Intel Core i5 dan i7, serta membawakan sokongan Thunderbolt dan juga papan kekunci dengan backlit. Pada masa yang sama, ianya turut didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi OS X Lion.

MacBook Air turut didatangkan dalam dua variasi, iaitu bersaiz 11-inch dan juga 13-inch, serta dengan variasi storan 64GB, 128GB dan juga 256GB. Harga jualannya bermula daripada serendah RM3099 dan berbeza bagi setiap variasi yang disediakan oleh Apple.

Pada masa yang sama, ianya turut dilaporkan yang mana Apple turut mematikan MacBook putih mereka yang sebelum ini.


Safari 4 Sedia Di Muat Turun Sekarang
Sony Akan Menyediakan Teknologi Kamera Untuk iPhone 5?
iPhone 5 Akan Membawakan Skrin Dengan Kaca Lengkung?
Ikon iPhone Pada Photo Stream Memberikan Idea Awal Rekabentuk iPhone 5
Kini, Anda Boleh Menggunakan Siri Pada iPhone 4

15 Komen

  1. ekspresiruang pada 20 Jul 2011

    pergh 3ribu ke atas smonya. tp nk kata apa, dh nama APPLE. huhu

    • Kaixer pada 21 Jul 2011

      Aku ade Apple MBP dan custom PC. MBP aku angkat tahun lepas 6k. Custom PC aku pkai 24GB ram Kinsgton Hyper X bla2 semua baru RM4k tanpa monitor. Apple ni jual brand je. Org2 Malaysia yg tak tau pasal tech sgt plak poyo2 je suka tayang iphone dan dah jadi apple fans boy. :D

      • Zahari pada 21 Jul 2011

        Apple is in the details bro. Kalau tak nampak beza, orang tu takde la tech sangat. Perasan techy je.

      • Farid Zenon pada 21 Jul 2011

        kualiti kawan, kualiti, nak dibandingkan custom PC dengan Mac Book Pro memang la berbeza kau kena bandingkan PC dengan Mac Pro baru sepanan
        Mac kalah harga tapi sudah kau perhati slot perut Mac Pro? ok sekarang kau banding dengan isi perut Custom PC kau.

  2. IkmalRedza pada 20 Jul 2011

    Harga lebih kurang sama macam model sebelum ni, bezanya cpu baru, thunderbolt, os baru.

  3. eSafarEE pada 21 Jul 2011

    harga pasaran ‘buah’ dah makin naik…

  4. sejukstudio pada 21 Jul 2011

    peh..nipis oo. tapi hrga x nipis la aman. huhu

  5. shifaa pada 21 Jul 2011

    kalau guna education store boleh la dapat murah

    http://store.apple.com/my-k12/browse/home/shop_mac/family/macbook_air/select?mco=MjMzOTQxMjE

    • Encik Hasan pada 21 Jul 2011

      betol2… jgn beli kat kedai… beli kat education store je..

      • J pada 09 Jan 2012

        yaka?? bagi link education store tuh buleh? thnk u. =)

    • tekong pada 21 Jul 2011

      kat education store takde installment :p

    • Eizil pada 21 Jul 2011

      Saper jer yang boleh beli dari education store ni erk?

      • Zahari pada 21 Jul 2011

        Semua orang boleh beli dari education store, no question asked. Tapi kene jujur dengan diri sendiri huhu

    • ayap pada 21 Jul 2011

      kalau ptptn bole support tak? ah ha

  6. ad pada 21 Jul 2011

    bila lah mampu nak beli ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader