27Jul

Apple Mendapatkan Paten Papan Kekunci Maya Untuk Desktop Dan Peranti Lain

Apple

Ianya kini kelihatan yang mana Apple telah pun memohon sebuah paten hak cipta baru, yang mana membawakan papan kekunci dalam bentuk maya, ataupun lebih tepat lagi dalam bentuk skrin sentuh. Walaubagaimanapun, ianya tidak diketahui buat masa ini, samada ianya akan diimplementasikan ataupun tidak.

Sekiranya ianya diimplementasikan, berkemungkinan kita akan dapat melihat sebuah fenomena baru dalam dunia papan kekunci, yang mana menggunakan skrin sentuh untuk menggunakannya. Pada awal tahun ini, Acer telah memperlihatkan konsep yang serupa, dan telah pun melancarkan produk mereka itu, dikenali sebagai Acer Iconia 6120.

Melaluinya, Acer membawakan papan kekunci dalam bentuk skrin sepenuhnya, serta sokongan touchpad dan lain-lain, sepenuhnya menggunakan skrin sentuh dan membawakan fungsi serupa seperti papan kekunci biasa.

Namun tidak diketahui samada adakah Apple bercadang untuk membuat sesuatu dalam bentuk itu, ataupun sebaliknya. Sekiranya ya, mungkin kita akan dapat melihatnya untuk iMac dan pelbagai peranti lain daripada Apple turut menggunakan papan kekunci maya ini.


iPad 2 Akan Di Lancarkan Pada 1 Februari?
iPhone Versi Mini Bersaiz Separuh iPhone 4 Akan Diperkenalkan?
Apple Melancarkan iTunes Match Pada Harga ~RM79 Setahun
Mac Kini Meliputi Sebanyak 5% Daripada Pasaran PC Global
iPad 3 Pada Mac, iPad 4 Pada Oktober?

17 Komen

  1. faiz pada 27 Jul 2011

    haritu baru test acer iconia ni..not bad la..responsive..huhu

  2. matt pada 27 Jul 2011

    hoho yang ni cool.

  3. syafieq pada 27 Jul 2011

    apa fungsi mematenkan sesuatu produk sebenarnya? maaf.nubis.
    adakah supaya pihak lain tidak mencuri idea,design sesebuah compny itu?

    • Saiful Danny pada 28 Jul 2011

      lebih kurang cmtulah.. some kind like copyright..

  4. Izzat Aziz pada 27 Jul 2011

    saya suka sangat, saman jangan tak saman <– tak de kaitan.

  5. epul pada 27 Jul 2011

    nanti ade keyboard touch screen

  6. jimmy pada 27 Jul 2011

    sempoi giler! huhu

  7. budingyun pada 27 Jul 2011

    cam tak best guna acer iconia tu.. tangan tak boleh bersandar.. (-_-)

  8. IzhamHasan pada 27 Jul 2011

    Cam tak best je,tp kena try gak ni,org punye,xpyh beli,kalo gune mcm ni,kompom 2 3 bulan je,haha

  9. haziqfathihin pada 27 Jul 2011

    terbaiklah mac..makin lama makin mantap….

  10. Eizil pada 27 Jul 2011

    Macam menarik jer papan kekunci ni…

  11. ScaniaZ pada 27 Jul 2011

    Huh! best2 nie..bile leh dapat nie…Huhu..

    • Namawee pada 27 Jul 2011

      Ape bende ko promote blog dengan link lucah kat tech blog ni?
      Blog sampah.

    • din je pada 27 Jul 2011

      adakah psal cite juvana??

  12. snazzybizarre pada 27 Jul 2011

    nnt bila da dpt patern nh… share2 laa… nnt dier gne sorang jer… pastu klu org lain gne saman !

  13. Twit N View pada 27 Jul 2011

    semua nk main sentuh2 jer, nanti hilang ler keupayaan jari merasa…

    • sword pada 27 Jul 2011

      hahaha….jgn hilang jari da..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader