21Jul

Microsoft Mula Menguji Live Tiles Pada Enjin Carian Bing

Microsoft

Selain daripada menjadikan antaramuka Windows, Xbox Live dan juga Windows Phone serasi menggunakan antaramuka Metro dan juga penggunaan Live Tiles, kini ianya kelihatan produk-produk berasaskan web mereka turut sama akan menerimanya, termasuk enjin carian popular dari Microsoft, iaitu Bing.

Ianya kini dilaporkan yang mana Microsoft sudah pun memulakan ujian untuk menguji antaramuka dengan sokongan Live Tiles pada Bing. Namun ianya tidak menyokong semua pengguna buat masa sekarang ini, dan hanya dapat dilihat oleh para pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Ianya dijangka, sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin Microsoft akan memperkenalkannya kepada semua pengguna seluruh dunia secara berperingkat. Jadi, apa komen anda berkenaan dengan antaramuka dengan sokonga LiveTiles pada Bing ini?


Tarikh Muat-Turun Windows 7 Beta Di Lanjutkan
Live Hotmail Kini Menyokong POP3 Secara Rasmi
Sesuatu Yang Menarik Berkaitan IE9 Pada 14 Mac Ini
Microsoft Mungkin Memperlihatkan Demo Windows 8 Minggu Hadapan?
Bahagian Me Pada Windows Phone Mango Diberikan Nafas Baru

2 Komen

  1. haziqfathihin pada 21 Jul 2011

    mantaplah…xsabar nak tggu windows 8 nanti….

  2. Farid Zenon pada 21 Jul 2011

    Aku baru dapat tahu beb hahha :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader