Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Research In Motion, secara rasminya telah pun mengumumkan pelancaran BlackBerry Messenger 6 (BBM6) yang mana membawakan salah satu pengalaman sosial yang baru, membolehkan para pengguna berinteraksi dengan mudah melalui aplikasi yang disambungkan menggunakan BBM.
Aplikasi yang mengintegrasikan BBM padanya dijangka akan meningkat tidak lama lagi, membolehkan para pengguna sesuatu aplikasi berinteraksi dan berkongsi perkara dengan rakan BBM mereka dengan mudah. Semalam, aplikasi Facebook untuk BlackBerry menjadi antara yang terawal mengintegrasikan fungsi sedemikian.
Pada masa yang sama, RIM turut sama mengumumkan yang mana kini pengguna BlackBerry Messenger diseluruh dunia melangkaui angka 45 juta orang, dengan hampir 2 juta pengguna baru ditambah setiap bulan.
Para pengguna BlackBerry, boleh mengemaskini BlackBerry Messenger mereka, dan menggunakan pelbagai integrasi aplikasi dan sokongan sosial baru yang didatangkan melaluinya.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
macam menarik je blackberry ni.patutke berubah dari apple.uhuhu
tak perlu. benda yg sama difikir oleh pengguna blackberry. haha. maksudnye kite mmg cpt bosan dgn sesuatu.
saya x dpt update…
kadang-kadang ada orang lambat keluar dekat appsworld bb dia.. tunggu laa dalam 24jam..
Menarik pulak versi baru ni. Baru je pikir nak ambik Android versi Ice Cream ha…
Tunggu BB Torch2… steady BB…
sama je tengok
baru dpt notification kejap tadi. esok pagi baru nak upgrade. hopefully laju bbm baru ni
ni mkin syg bb =]
tak update sgt….ada 6 org je friends dlm BBM
seminggu adalah bermsg sekali..haha
mcm mana nak link fb & 4sq bagai semua tu? tak reti la. tp yg tak best tu kalau kite bkk lagu dah takde nampak kt bbm lagu yg kite mainkan