Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, seperti sedia maklum, kami telah melaporkan yang mana Google bakal menggantikan jenama Blogger dengan Google Blog, dan menariknya, kini melalui fungsi Blogger In Draft, ianya memperlihatkan yang mana perkhidmatan blog percuma daripada Google itu sudah pun mula menguji antaramuka dan rekabentuk yang menyerupai rekabentuk baru Google.com.

Buat masa ini, perkara ini masih lagi dalam ujian, dan hanya diperkenalkan kepada para pengguna Blogger In Draft sahaja. Namun apa yang dilihat, ianya memberikan idea yang mana Google dalam proses untuk memperkenalkan antaramuka yang selari pada produk-produk mereka, dan pada masa yang sama mungkin akan mengintegrasikan fungsi Google+ padanya.




Ianya sebelum ini, diperkatakan yang mana Google bakal mengantikan jenama Blogger dan Picasa dengan penggunaan Google Blog dan Google Photos. Pada masa yang sama, seperti sedia maklum, Google telah memperkatakan yang mana mereka bakal memperkenalkan rekabentuk laman yang baru. Namun apa yang diuji oleh Google sekarang berbeza sedikit dengan apa yang diperlihatkan oleh mereka sebelum ini.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
menarik…nmpk semuanya bwh google dgn imej yg sama…
kita sama2 nantikan kemunculan rekabentuk baru ni ..
pening nak guna dashborad baru ni….
Wah macam best.. pertama kali guna memang pening.. cuba guna 2,3 kali mesti ok =)
Sebijik macam WordPress!
google telah mmpengaruhi aku dlm membuat design web/sistem.
hehe. adakah zaman design yg ada curve2/shadow/cun gile akan berlalu???
setakat ni, aku still tak jumpa button utk edit template.. aish
kat dropdown menu yg ade gambar rumah tu, klik layout.
Berdasarkan ape yg aku tgk, mcm x boleh nak edit mcm dulu lagi. Mungkin nak memudahkan pengguna2 biasa.
google ni hebat r..sume dorg beli n rebrand!! respek gler kot
interface yg menarik. dah release yg versi stabil punya bolehlah try
dah macam bentuk wordpress ni.. memang hebat ni….
cari edit html……………duduk jauhhhhhhhhhhhh di bawah layout
minimalist sentiasa jadi pilihan hati