Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kini, hampir semua blog dan laman menyertakan butang-butang sosial seperti Facebook Like, Google +1, dan Twitter, dan menariknya, syarikat BrightEdge telah pun membuat kajian penggunaan butang-butang sosial ini pada web, dan telah pun mengeluarkan laporan ringkas berkaitan dengan perkara ini.
Melalui laporan yang dikeluarkan, seperti sedia maklum, butang sosial yang paling popular digunakan adalah Facebook Like. Namun begitu, menariknya melalui data tersebut, memperlihatkan adalah dimana para pengguna lebih gemar menggunakan butang Google +1 berbanding Twitter, dan penggunaan Google +1 juga meningkat lebih pantas berbanding butang Twitter.

Selain daripada penggunaan butang sosial, BrightEdge turut mengeluarkan laporan mengenai paparan pautan ke laman sosial pada halaman utama sesuatu web ataupun blog. Seperti sedia maklum, ianya didahului dengan Facebook dan Twitter (seperti pada laman Amanz ini). Pada masa yang sama, ianya dilihat yang mana pautan ke halaman YouTube semakin berkurangan. Namun mungkin dalam masa beberapa bulan lagi, laporan ini mungkin berubah dengan penambahan Google+ padanya.

Jadi, apa kata anda mengenai laporan ini?
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Rasa cam nak remove pulak butang Twitter dan gantikan dengan butang G+… Hmmmmmmmmmmm!!
bleh dicobakan..ahaha
Antara sebabnya, sebab butang G+ diletakkan dalam laman social Google+. Setiap status atau gambar etc yg di G+’d akan dikira berbanding tweet button yg 100% berfungsi untuk tweet entry org.
Lagipun setakat ni, dalam kebanyakan entry blogger Malaysia pun, bilangan org yg tekan G+ selalunya lebih kurang dari Tweet button.
Takpun mungkin kat luar negara G+ dah lagi popular dari Tweet button berbanding Malaysia.
nak alter la follower button nk tmbh +1
Ko punya blog memang menarik bro! Mantap beb!
makin byk button nak click
butang pelbagai sana sini…
Btw macam mana yer nak pasang G+ button nie kat wordpress?
saya guna plugin je
tak payah button plugin tak pe?
ni masuk site ni pastu paste kod dia dlm blog http://www.google.com/+1/button/
owh.thanks bro
sebab seo punye pasal kot. so org lebih prefer +1 berbanding twitter button.
frankly, aku mmg xbiasa gune google +1 button tue bile visit blogs…..tp thanks to ur information aku just add button tue in my page for usability ..
p/s actually if gune plugin, AddToAny mmg sebenarnye daa ada daa dlm tue…..tp xsure org biasa pakai ke tak….