Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sebelum ini memperlihatkan jadual pembangunan untuk WordPress 3.3, kini pembangun WordPress, telah pun memperlihatkan fungsi-fungsi dan peningkatan yang bakal dibawakan melalui WordPress versi baru kelak pada bulan November akan datang nanti.
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, salah satunya adalah pemuat-naik media yang diberikan nafas baru, dan menjadikannya lebih serasi dengan bahagian lain di WordPress. Selain itu, WordPress 3.3 juga turt sama dijangka akan membawakan pengalaman mesra pengguna baru, dimana akan memperlihatkan skrin “Selamat Datang” lebih kurang sama seperti pada Mozilla, Facebook dan Twitter, membolehkan pengguna WordPress baru dapat memahaminya dengan lebih senang.
Ianya turut diperkatakan fungsi untuk pengguna baru itu turut sama sedang dibangunkan untuk WordPress.com, dan akan diperkenalkan pada WordPress.org pada versi 3.3 kelak. WordPress 3.3 juga turut dijangka akan membawakan peningkatan untuk dashboard pentadbir, serta bar pentadbir pada bahagian blog yang diberikan peningkatan berbanding sekarang ini.
Beberapa fungsi baru yang lain turut diperlihatkan sama oleh para pembangun WordPress untuk versi 3.3. Namun begitu, terdapat juga kemungkinan yang mana beberapa perancangan daripadanya ditangguhkan, dan mungkin akan diperkenalkan pada versi WordPress 3.4.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dan?
kejap je ek nak masuk version 3.3
a’ah, baru je upgrade rase:)
tergantung”dan”?
Erk, lajunya…hu3
Biasanya beberapa ciri telah diperkenalkan kepada pengguna WP.Com terlebih dahulu. Saya pula kini jarang membuka WP.Com
lagu je skang ni. aku je upgrade baru2 ni… terbaik wordpress.
harap masalah security baru2 ni tak berlaku lagi dlm version baru ni
ekk, harap yang WP 3.3 ni tak de la kena2 patch lagi eea, malas betul nak bukak..:D
mak aihh cptnya.. rasanya baru je update aritu. skrg dh ade version lain lak
mls gila nk update..nnt theme hancus blk.=0