Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada pakej Instanet yang ditawarkan oleh Celcom, kini ianya kelihatan yang mana Celcom telah mengemaskini semula pakej mereka, dimana melalui kemaskini baru ini, Celcom menawarkan kelajuan yang lebih tinggi, serta had penggunaan data yang ditambah berbanding sebelumnya.

Kini, Celcom menawarkan kelajuan minimum sebanyak 7000kbps berbanding sebelumnya hanya 384kbps. Berkemungkinan kerana komen ramai pengguna berkenaan pakej Instanet sebelum ini. Selain daripada itu, had penggunaan data juga dipertingkatkan sehingga 6GB untuk pakej-pakej sebelum ini. Namun ianya tidak dapat dipastikan samada ianya hanya untuk pengguna baru sahaja, ataupun pengguna sedia ada turut mendapat kesannya.
Selain daripada itu, Celcom turut menambah pakej baru, iaitu Celcom Broadband Pro, membawakan had kelajuan sehingga 7.2Mbps dan menawarkan had penggunaan data sehingga 10GB pada harga RM138 sebulan.
21 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ingatkan laju sangat la tadi..
Harap2 ia befungsi dengan kelajuan yg sebenar seperti yg ditawarkan…
lju la sgt
lembap and mahal… digi lagi murah…
Mahal le ikutkan quota die
ok tapi mahal
asalkan lampu kat modem aku warna biru dan bukan hijau, tu pon dah cukop bagus
“Celcom menawarkan kelajuan minimum sebanyak 7000kbps berbanding sebelumnya hanya 384kbps”
typo: sepatutnya 700kbps kn?
bapak best kalu 7000kbps just rm48 aje~kekeke
yg x bestnya ada limited bandwidth
Aman, tetiba malam tadi BB kak jie ada signal 3G, sebelum ni kat rumah mmg Edge je
wahhh… seronok giler..maklum lah dok dlm hutan kawasan jin bertendang ni
Perkembangan yg bagus. Yg dok KL je selalu merungut internet slow, yg dok luar KL still ok.
Kat penang, Celcom BB boleh cecah 1.5 – 2 mbps time download waktu siang, malam dalam 300 – 800 kbps dr jam 8pm – 12am. Lps tu dah boleh cecah balik 1mbps ke atas.
Harap pengguna lama pun boleh automatik increase dia punya bandwidth tu
owh…yeke khydir..
mostly klau sesuatu kawasan tu byk yg subscribe bb…
tu yg jadi lembab sikit..
celcom basic naik dari 512 jadi 1.5mb.. 3x lipat.. tapi lite jadi 700kbps dari 384 je?
pengguna lama pun dapat sekali. dapat mesej dari celcom.
yer ker
tetap problem time peak hour huhu..
Pengguna Celcom BB terutama yang menetap dikawasan Universiti akan selalu mengalami masalah LEMBAB DI PEAK HOUR.
Aku download gune IDM dapat 220+ kbps, gune basic je pon, bende ni dah berlaku 3 bulan yg lalu, kenapa baru sekarang Celcom umumkan? so weird.
btl ke pngguna lama pn dpt speed 1.5mbps? ak skg pkai youth packages yg rm50 sebulan… mula2 dlu 384kbps pastu tibe2 upgrade ke 512kbps… so skg upgrade ke 1.5mbps la ye?